SHAH ALAM: Sebarang tangkapan berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin akan bergantung kepada analisis yang diterima lebih awal atau yang akan diterima pada masa akan datang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, pada Rabu, beliau berkata, polis kini sedang melakukan proses triangulasi kepada semua hasil dapatan siasatan, bagi mencari petunjuk seterusnya.
Tegasnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut, sehingga pelaku sebenar akan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Seperti yang Ketua Polis Negara cakap dengan jelas semalam, kami sedang mengumpul semua maklumat. Kita akan menggunakan semua maklumat yang kita ada. Kita akan guna semua kaedah.
“(Untuk tangkapan), ia bergantung kepada maklumat dan analisis yang kita terima lebih awal, dan yang akan terima atau telah kita terima. Itu akan menentukan sama ada seseorang itu boleh ditahan dan cukup bukti untuk ditahan,” katanya lagi.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, siasatan berhubung kes tersebut sudah 90 peratus selesai, melibatkan pelbagai sudut termasuk saintifik, forensik serta konvensional, termasuk perincian identiti suspek.
Katanya lagi, kesemua saksi yang pernah diambil keterangan sebelum ini mungkin akan dipanggil semula termasuk ahli keluarga Zayn Rayyan bagi melengkapkan siasatan.
Dalam pada itu Mohd Shuhaily turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat kerana turut memberi input dan perspektif dari sudut pandangan awam.
“Saya ingin berterima kasih kepada masyarakat di atas segala input diberi, yang kita juga menilai dan memberi perhatian... ada perspektif masyarakat yang kita rasa perlu untuk disiasat dan kita lakukannya.
“Dan seperti orang awam juga, pegawai saya mempunyai perasaan yang rapat dengan kes ini dan mereka sangat bermotivasi... hari ini pun masih lagi berada di lapangan, masih cuba memproses semuanya di bawah pimpinan Ketua Polis Negeri.
"Saya tegaskan, kita tidak berhenti dan tidak akan berhenti menyiasat. Kita dah berusaha, dan sebagai seorang Islam, marilah kita berdoa bersama-sama, semoga Allah akan memberi petunjuk dan semoga orang yang melakukan jenayah kejam ini dapat dibawa ke muka pengadilan,” tegas beliau lagi.
Pada 5 Disember lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.
Firdaus Azil
Wed Jan 10 2024
Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua dari kiri) berkata, polis kini sedang melakukan proses triangulasi kepada semua hasil dapatan siasatan, bagi mencari petunjuk seterusnya kes Zayn Rayyan.
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Kes Zayn Rayyan: Sebarang tangkapan bergantung kepada proses analisis dan bukti - Mohd Shuhaily
PDRM tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut sehingga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.