KUALA LUMPUR:Seorang pakar perunding forensik di sebuah hospital kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa laporan forensik kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak menunjukkan kesinambungan luka lecur utama dialami mangsa 100 peratus menyebabkan kematiannya.
Saksi pembelaan ke-19, Ketua Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, 49, berkata ini kerana kesimpulan yang diberikan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad tidak disokong dengan pemeriksaan mikroskopik.
“Pada pendapat saya, rumusan yang dibuat oleh pakar yang melakukan bedah siasat ini, ia tidak dapat menunjukkan kesinambungan bahawa ‘major burn’ (luka lecur utama) yang dialami mangsa 100 peratus melibatkan kematian.
“Jika dilihat dalam penyataan saksi Dr Salmah menulis dalam ayat komplikasi luka lecur adalah hypovolemic shock (kekurangan cecair di dalam badan), jangkitan kuman, organ penting rosak dan ketidak seimbangan electrolit,” katanya ketika ditanya peguam Amer Hamzah Arshad pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
Dalam prosiding sebelum ini, Dr Salmah, saksi pendakwaan keenam memberitahu mahkamah bahawa punca kematian Zulfarhan Osman adalah disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia’, masalah jantung dan buah pinggang yang dialaminya.
Beliau berkata hasil bedah siasat mayat Zulfarhan Osman mendapati mangsa mengalami bengkak jantung dan kegagalan ginjal.
Ketika disoal Amer Hamzah, sama ada 90 luka lecur pada Zulfarhan Osman adalah akibat tekapan seterika wap sebanyak 90 kali Dr Rohayu berkata: “Untuk menjawab soalan tersebut terdapat tiga jawapan, pertama betul dikenakan 90 kali kecederaan, itu sudah pasti ia luka lecur.”
Amer Hamzah: Bagaimana hendak pastikan luka lecur?
Dr Rohayu: Dalam kes ini saya tidak dapat pastikan.
Amer Hamzah : Bagaimana pula dengan jawapan kedua dan ketiga (berhubung 90 luka lecur)?
Dr Rohayu : Bagi jawapan kedua, Dr Salmah kata wujud luka-luka bertindih, maka ada kemungkinan lebih 90 kali kerana luka tersebut bertindih manakala jawapan ketiga kebarangkalian kecederaan dikenakan kurang 90 kali kerana terdapat beberapa kecederaan yang berdasarkan coraknya bukan kecederaan lecur.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
BACA: 'Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: Bapa sujud syukur, ibu anggap doa dimakbulkan
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Mereka yang dituduh melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka yang dituduh melakukan perbuatan itu di bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei 2017, didakwa mengikut Seksyen 330 KK dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 28 2020

Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain. - Gambar fail

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Kes Zulfarhan: Laporan forensik tidak tunjuk kesinambungan luka lecur sebab kematian
Dr Rohayu berkata kesimpulan yang diberikan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang tidak disokong dengan pemeriksaan mikroskopik.