Kesan akibat wabak COVID-19 dilihat tidak memberi impak negatif kepada pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ini kerana RMK-12 merupakan rancangan ekonomi jangka panjang malah ketika ini juga kerajaan sedang membuat kajian pelan pemulihan ekonomi yang disasarkan, ia dijadual dibentangkan pada hujung bulan ini.
"RMK-12 adalah pelan ekonomi jangka panjang iaitu lima tahun (2021-2025). Jadi, kesan daripada COVID-19 tidak akan menjejaskan RMK-12.
"Namun, Belanjawan 2021 yang dijangka diumumkan sama ada pada bulan Oktober atau November depan harus mengambil kira faktor ekonomi semasa," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pelabuhan Utara di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai aspek yang diberi fokus dalam penyediaan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan lebih menumpukan kepada usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara.
Kesan pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan merancang ekonomi menerusi beberapa fasa, di mana ketika pembentangan Belanjawan 2021 nanti, ekonomi negara sedang melalui fasa 'dihidupkan semula'.
"Pembentangan Belanjawan 2021 dilihat sebagai fasa kelima yang mana ia adalah tempoh untuk mengaktifkan semula ekonomi. Untuk makluman, fasa pertama adalah fasa menyelesaikan (resolve), iaitu ketika negara memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Fasa kedua adalah daya tahan (resilience), di mana kerajaan umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang memberi fokus kepada rakyat dan sektor ekonomi.
"Fasa ketiga adalah sekarang iaitu masa memulakan semula ekonomi. Ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat kesannya.
"Jadi, perancangan kerajaan pada hujung bulan ini iaitu pengumuman pelan pemulihan ekonomi merupakan fasa keempat yang mana ia merupakan pelan enam bulan bagaimana kita mahu memulihkan semula ekonomi negara," kata Tengku Zafrul.
Mengulas mengenai unjuran prestasi ekonomi negara tahun ini, beliau berkata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka lebih rendah seperti diunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu sebanyak -2 peratus hingga -0.5 peratus pada bulan lepas.
Unjuran BNM itu berdasarkan kepada pelaksanaan awal PKP dan disebabkan PKP dilanjutkan lebih daripada dua minggu, prestasi ekonomi negara dijangka turun lebih daripada -2 peratus.
"Untuk tahun ini, semuanya bergantung kepada bagaimana kita tangani pandemik COVID-19. Sektor ekonomi kita juga sudah dibuka secara beransur-ansur dan diharapkan dapat memperbaiki ekonomi negara
"Lebih cepat kita tangani wabak itu, lebih cepat kita dapat membangunkan semula ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 07 2020

Tengku Zafrul menerima sumbangan topeng hidung dan mulut daripada Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Land Berhad Tan Sri Lim Soon Peng sempena Lawatan Kerja ke Wisma Kastam Pelabuhan Klang, 7 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.