Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih rendah, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pelbagai pendekatan dan kempen untuk meningkatkan jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata orang ramai khususnya golongan muda memberi pelbagai alasan untuk tidak mendaftar sebagai pengundi, antaranya termasuk tidak mahu terlibat dengan politik kerana mereka menganggap pilihan raya adalah berkaitan parti politik, tetapi sebenarnya mengundi adalah untuk memenuhi amalan demokrasi di Malaysia.
"SPR menerusi Akademi Pilihan Raya yang telah dilancarkan pada tahun 2007, akan meneruskan peranan pentingnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai pilihan raya," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam tadi.
Mohd Hashim berkata SPR tidak boleh mewajibkan pendaftaran pengundi sama seperti amalan negara jiran (tanpa menyebut nama negara tersebut) kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan dan akta di Parlimen bagi membolehkan ia dilaksanakan.
"Selain pendaftaran pemilih, ingin ditegaskan bahawa SPR tidak terikat dengan mana-mana parti politik di Malaysia, kerana tugas SPR adalah untuk memastikan perjalanan dan pengurusan pilihan raya berjalan lancar. Dakwaan sesetengah pihak mengatakan SPR berat sebelah adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Beliau berkata bagi warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, mereka boleh menyemak status pendaftaran dan lokasi mengundi mereka menerusi aplikasi MySPR yang boleh dimuat turun melalui PlayStore dan AppStore.
MySPR adalah inisiatif SPR bagi memudahkan semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK), katanya.
Kaedah menyemak status pemilih ini adalah tambahan, selain pemilih boleh pergi ke ibu pejabat SPR, kaunter bergerak SPR, semakan secara dalam talian menerusi portal SPR dan khidmat pesanan ringkas MySMS, kata Mohd Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata orang ramai khususnya golongan muda memberi pelbagai alasan untuk tidak mendaftar sebagai pengundi. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Undi18: SPR pertingkat inisiatif 'celik demokrasi' pengundi muda
APR telah melaksanakan program pendidikan pengundi untuk memberikan pemahaman mengenai proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.

Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR
Akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat.

Kesedaran orang ramai mendaftar sebagai pengundi masih rendah - Pengerusi SPR
Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih rendah.