KUALA LUMPUR:Hujung tahun lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan laman web mereka telah digodam.
Tahun ini, Anonymous Malaysia pula memberi dua amaran, sistem keselamatan dalam talian Malaysia berada pada tahap rendah.
Persoalannya, adakah keselamatan internet di negara ini rapuh?
Mengikut statistik Cyber Security Watch, dari Januari hingga Disember 2020, mereka telah menerima sebanyak 10,790 laporan insiden siber.
Sebanyak 7,593 adalah insiden melibatkan penipuan, hampir 70 peratus daripada keseluruhan kes, 1,444 kes penggodaman, 596 kes gangguan siber dan 553 gangguan ‘malware’.
BACA: ATM sahkan portal rasmi digodam
BACA: Bukan ATM sahaja, laman web Manchester United pun pernah digodam!
Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, keselamatan internet di Malaysia masih di tahap terkawal.
Menurutnya, ancaman siber adalah perkara yang berlaku setiap hari, bukan hanya di Malaysia, malah satu dunia berdepan masalah yang sama.
“Yang penting adalah kita tidak perlu panik. Kedua, kita kena menyiapkan, melengkapkan diri kita dengan ilmu asas keselamatan siber supaya kita faham isu-isu ini.
“Kita juga perlu ambil langkah proaktif untuk lindungi diri kita, ia bermula dari kita. Kalau kita dapat jaga dan lengkapkan diri dengan ilmu asas, kita dapat kurangkan risiko jadi mangsa kepada serangan siber,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, sempena Hari Keselamatan Internet, pihaknya bukan hanya mahu meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan siber malah etika siber juga.
“Jadi, etika siber ini penting, tak kisahlah orang muda, orang tua atau golongan profesional dan sebagainya, penting untuk mereka memiliki asas keselamatan siber dan mempunyai etika yang betul.
“Jika berlaku juga insiden kepada mereka, kami saran laporkan kepada kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pakar Keselamatan Siber UKM, Dr Amirah Ismail turut senada dengan Amirudin dan menyatakan risiko ancaman siber di negara ini masih terkawal.
“Kebanyakan organisasi awam dan swasta sudah mengambil langkah mengukuhkan keselamatan sistem masing-masing.
“Rakyat Malaysia perlu memikirkan keselamatan peribadi mereka sebelum membuat keputusan untuk berkongsi maklumat diri yang dimuat naik, disimpan serta disalurkan secara dalam talian,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI.
Sementara itu, dalam perutusan sempena Hari Keselamatan Internet 2021, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai pengguna internet, semua pihak perlu sentiasa mengamalkan nilai murni serta saling menghormati.
“Bina sifat kendiri yang positif di alam siber melalui etika siber berlandaskan prinsip Rukun Negara.
“Sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2021 Edisi Malaysia yang bertemakan etika siber, saya menggesa seluruh warga digital Malaysia untuk melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan siber kerana kita adalah benteng pertahanan untuk diri kita, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.
Ridauddin Daud
Tue Feb 09 2021
![Keselamatan internet negara masih dalam keadaan terkawal Keselamatan internet negara masih dalam keadaan terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612875066_MCMCInternet.jpg)
Sempena Hari Keselamatan Internet, CSM bukan hanya mahu meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan siber malah etika siber juga. - Gambar hiasan
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739433348_tbHospitalTengkuPe.jpg)
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739432202_tbStevenSimPTPK.jpg)
PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735755336_PlatformMediaSosia.jpg)
Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.
![U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/71460618409_Umobile.jpg)
U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
![RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728616096_MohamedKhaledNordi.jpg)
RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin
Inisiatif itu termasuk mewujudkan Infrastruktur Fiber Optik di semua 73 kem atau pangkalan tentera, melibatkan sebanyak 59,420 pintu RKAT.
![Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675594904_OnlineGambling.jpg)
Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.
![PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723869848_TBPRKNenggiri.jpg)
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
![Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722380289_FahmiFadzil.jpg)
Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.
![UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702603845_TBMediaSosialjp.jpg)
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
![Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612875066_MCMCInternet.jpg)
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
![KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683971590_FahmiFadzil.jpg)
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
![Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633365120_Internet.jpg)
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.