KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membincangkan cadangan memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk lapangan terbang bagi meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sedar keselamatan di lapangan terbang perlu ditingkatan dan perbincangan ke arah itu perlu melibatkan polis dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Menurutnya, sebarang langkah terutamanya dalam mengubah prosedur operasi standard (SOP) termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
“(Ada cadangan pasang alat pengesan logam?) Setakat ini belum lagi. Kita memerlukan perbincangan lanjut terlebih dahulu. Apa-apa langkah spesifik perlulah mengambil kira banyak pertimbangan.
“Setakat ini saya rasa perbincangan lebih lanjut perlu dilakukan antara polis dan pihak MAHB. Perlu secepat mungkin.
“Polis pun dilihat ambil tindakan pantas dan saya percaya polis akan beri nasihat kepada MAHB,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Pelancaran Rasmi Stesen Pengecasan EVlution 2024, di sini, pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada MAHB dan polis untuk perbincangan tersebut kerana ia melibatkan operasi di lapangan terbang.
Bagaimanapun, tegasnya, MAHB perlu mengambil tindakan susulan selepas mendapat nasihat daripada polis, namun, sebarang perubahan memerlukan perbincangan lanjut terlebih dahulu.
Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu kemudiannya melarikan diri namun kini sudah diberkas dan dikenakan tahanan reman tujuh hari.
Ridauddin Daud
Tue Apr 16 2024

Kerajaan masih belum membincangkan cadangan memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk lapangan terbang bagi meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut, kata Anthony. - Gambar fail Bernama
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.