KUALA LUMPUR: Kabinet semalam bersetuju agar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) sedia ada dipinda bagi memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh dalam mendepani ancaman keselamatan siber.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan pindaan itu dibentangkan beliau kepada Kabinet semalam dan telah dipersetujui.
"Diharap pada persidangan Parlimen akan datang, kami boleh bentangkan pindaan kedua-dua akta. Antara lain pindaan itu adalah untuk memperkukuh dan mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan aspek keselamatan siber," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Pusat Siber Lakuran Axiata bersempena Celcom Business Tech Week Showcase 2022 di ibu pejabat Celcom, di sini hari ini.
Annuar berkata pindaan itu amat diperlukan kerana ekosistem perkhidmatan telekomunikasi negara kini berdepan dengan ancaman penipuan dalam talian dan penggodaman oleh individu tidak bertanggungjawab.
Katanya disebabkan ancaman itu, minggu lepas beliau juga telah menjemput Lembaga Pengarah daripada empat entiti di bawah kementeriannya untuk berbincang secara holisitik mengenai isu keselamatan siber.
Keempat-empat entiti itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Cyber Security Malaysia (Cyber Security) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
"Perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran, persepektif dan harapan saya sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan kerana saya rasakan masih belum cukup, masih ada lagi ikhtiar yang boleh dilakukan, dan orang ramai perlukan suatu bentuk jaminan yang boleh melindungi mereka.
"Jadi melalui perbincangan ini saya nak tengok pelbagai sudut pendekatan yang boleh diambil terhadap kes-kes mangsa scammer (penipu) dan bermacam-macam lagi," katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata perlu ada sebuah agensi yang boleh membantu kerajaan mengawal data-data berkenaan bekalan makanan seperti ayam agar ia tidak berterusan mengalami gangguan pada masa depan.
Katanya untuk mendapatkan data itu, agensi berkenaan mungkin boleh memanfaatkan kewujudan teknologi seperti 5G dan Internet Benda (IoT) bagi melaksanakan aplikasi tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Pindaan itu amat diperlukan kerana ekosistem perkhidmatan telekomunikasi negara kini berdepan dengan ancaman penipuan dalam talian dan penggodaman oleh individu tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.