KUALA LUMPUR: Keselamatan siber sering diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang memadai walaupun semasa Malaysia gigih mengharungi transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata bagi mencapai masa depan digital yang selamat, adalah penting untuk memupuk budaya keselamatan dan keberkesanan siber di seluruh negara, serta mewujudkan dan mengekalkan sistem, aplikasi dan infrastruktur yang selamat.
"Kita juga perlu sedar bahawa langkah perlindungan perlu diseimbangkan dengan kemudahan penggunaan.
"Langkah pemantauan dan pengesanan adalah penting, privasi perlu dipelihara," kata perdana menteri dalam ucapannya pada pembukaan Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2023 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang merasmikan acara itu bagi pihak perdana menteri.
Selain itu Anwar berkata, tidak ada dasar keselamatan siber negara boleh digubal dan dilaksanakan dengan jayanya tanpa pendekatan kolaboratif antara pelbagai pihak oleh kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat sivil.
Beliau berkata pendekatan kolaboratif bukan sahaja menggalakkan perkongsian maklumat dan pengetahuan, malah ia juga menyediakan elemen paling penting yang diperlukan dalam persekitaran siber, iaitu elemen kepercayaan (trust).
"Ini juga merupakan sebab kita anjurkan CYDES 2023 ini, untuk melibatkan dan membina kepercayaan.
"Kepercayaan adalah penting dalam persekitaran digital. Membina dan mengekalkan kepercayaan ialah usaha berterusan dan bergerak dua hala.
"Kita perlu percaya bahawa penyedia teknologi membangunkan dan memperkenalkan teknologi tanpa sebarang agenda tersembunyi.
"Kita juga mahukan jaminan bahawa pengaliran data dalam persekitaran digital kekal dengan integriti, kerahsiaan dan ketersediaannya kepada pengguna yang dibenarkan," tambahnya.
Oleh itu, beliau berkata kepercayaan terhadap dasar dan strategi kerajaan adalah penting, menonjolkan kepentingan kepercayaan digital, sama seperti kepercayaan dalam interaksi fizikal antara kerajaan dan pihak berkepentingan, serta antara kerajaan dan kerajaan.
Anwar berkata CYDES 2023 dengan tema "Membina Ketahanan Siber: Melindungi Masa Depan Digital" adalah selari dengan prinsip dan matlamat MADANI untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara makmur dan maju, dengan menerima perubahan, menggabungkan perspektif yang pelbagai dan melaksanakan reformasi substantif.
CYDES 2023 anjuran Majlis Keselamatan Negara, Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, bermula hari ini hingga 13 Julai di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Anwar berkata, tidak ada dasar keselamatan siber negara boleh digubal dan dilaksanakan dengan jayanya tanpa pendekatan kolaboratif antara pelbagai pihak oleh kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat sivil. - Gambar Bernama
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Pelancongan, mahu tarik minat generasi muda
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Keselamatan siber sering diabai, tidak diberi perhatian sewajarnya - PM Anwar
Keselamatan Siber sering diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang memadai walaupun semasa Malaysia gigih mengharungi transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.