Kesemua mangsa tragedi lapan remaja yang lemas di Sungai Muar berhampiran Buluh Kasap, Segamat berjaya ditemui.
Perkara tersebut telah disahkan Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang.
Dalam perkembangan terbaru, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.30 petang tadi (Sabtu).
Menurutnya, seramai 131 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat termasuklah pasukan penyelam, RELA, unit pengesan K-9, polis, serta penyelamat air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila 13 rakan sedang beriadah di sebuah kawasan rekreasi.
Selepas bermandi-manda, lapan daripada mereka telah bersiar-siar di tebing sungai apabila salah seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh.
Tujuh daripada remaja tersebut kemudiannya mencuba untuk menyelamatkan rakan mereka namun turut tergelincir dan lemas.
Kesemua mangsa dilaporkan berasal dari Taman Mewah.
Lokasi terletak terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 kilometer dari Bandar Segamat dan juga kawasan rekreasi popular bagi penduduk sekitarnya.
Astro Awani
Sat Feb 22 2014


KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Tak sampai 10 minit, 8 dulang emas lesap
Lapan dulang emas lesap dilarikan sekumpulan perompak dalam satu kejadian kira-kira pukul 3 petang di Pasaraya Tesco Rawang hari ini.

Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu
Empat nelayan dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi sejak lapan hari lalu selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda kelas B di perairan Kemaman.

Peletakan jawatan 5 pemimpin, Pemuda Gerakan bermesyuarat Selasa
Tan Keng Liang memaklumkan bahawa setakat ini hanya lima surat peletakan jawatan telah diterima Setiausaha Agung sayap itu, William Chang Yoong Hsi.

Kesemua mangsa lemas Sg Muar telah ditemui
Kesemua mangsa tragedi lapan remaja yang lemas di Sungai Muar berhampiran Buluh Kasap, Segamat berjaya ditemui.

8 remaja lemas di Sungai Muar, 3 mayat sudah ditemui
Tiga mayat remaja lelaki yang dilporkan lemas di Sungai Muar di bandar Buloh Kasap berjaya ditemui.