Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.
Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar pada Khamis.
"Mereka telah disahkan mempunyai simptom berkenaan selepas makan makanan laut dan dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada hospital jika simpton berkenaan berterusan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata gejala awal termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam.
Beliau berkata penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan pantai mesti mengelak daripada memakan sebarang jenis kerang-kerangan atau plakton berinjap dua segera.
Air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton yang tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.
Bernama
Mon Apr 13 2015

Dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar pada Khamis. - Gambar Hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

COVID-19: Hospital Melaka nafi wad ditutup, perkhidmatan terjejas
Perkhidmatan di hospital itu berjalan seperti biasa dengan pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Video tular pesakit Klinik Kesihatan Lubok China meninggal akibat COVID-19 palsu
Video tersebut adalah paparan prosedur operasi standard yang dijalankan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia bagi jenazah yang disyaki berkaitan COVID-19.

Tiada kes positif COVID-19 dirawat di Hospital Jasin
Berita yang tular melalui aplikasi WhatsApp tersebut tidak benar kerana tiada kes positif COVID-19 dilaporkan sehingga kini di negeri berkenaan.

Kenyataan tular krew kapal dari Wuhan masuk Melaka tidak tepat - Pengarah Kesihatan
Kenyataan dimuat naik di laman Facebook Geng Viral Melaka menggunakan nama 'Shahnol Sundara' itu tidak tepat kerana kapal yang berlabuh bersama anak kapal pada Isnin lepas bukan dari Wuhan.

Kesemutan bibir dan sakit kepala teruk antara simptom terkena racun kerang-kerangan
Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.