Seramai 2,144 individu didapati mengalami masalah kesihatan mental telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu sepanjang tahun lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, bagi tahun ini sahaja seramai 1,797 pesakit melibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan mental turut mendapatkan rawatan sama sehingga September lepas. Menurut Kasemani, terdapat dua pusat Mentari di negeri itu iaitu di Wakaf Tapai dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.
Kasemani menambah, pelbagai inisiatif dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental. "Ini termasuk Perkhidmatan Klinik Minda Sihat di semua klinik kesihatan yang telah ditambah baik dan dikendalikan oleh pegawai terlatih. "Antara inisiatif serta usaha yang telah dilakukan oleh JKNT untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental ialah mengukuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial menerusi perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial dan penempatan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Psikiatri HSNZ di sini hari ini.Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.
Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025 1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia 2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital 3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula #awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri Tumpuan #AWANI745 malam ini - PM akui menteri Kabinet tidak sempurna - Kaji semua keselamatan OKU di LRT - Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur - Adun Ayer Kuning meninggal dunia Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv #AWANInews
AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.
Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.
Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.