KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amylea Azizan, memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan bapanya yang semakin merosot disebabkan sakit jantung yang dialami sejak dua tahun lalu.
Menerusi entri terbaharu di Instagramnya, Amylea berkata peluang untuk bapanya kembali sembuh adalah tipis berdasarkan perkongsian doktor yang merawatnya.
‘’Keadaan ayah semakin merosot hari ini dan doktor telah berkongsi dengan ibunya bahawa peluang untuk ayah pulih seperti sediakala sangat tipis.
‘’Untuk waktu ini, hanya keajaiban yang saya harapkan berlaku,’’ katanya.
Bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 30 Julai lalu.
Tahap kesihatannya dilaporkan mula merosot pada Julai selepas demam akibat jangkitan kuman.
‘’Mohon semua mendoakan, sedekahkan Yasin untuknya dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya sekiranya ada dosanya dengan kalian,’’ tambahnya.
Pada Julai, penyanyi Tak Pernah Hilang itu pernah merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya.
Astro Awani
Mon Aug 09 2021

Amylea berkata peluang untuk bapanya kembali sembuh adalah tipis berdasarkan perkongsian doktor yang merawatnya. Foto Instagram/amyleaazizan

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Lagu Kertas bawa Noryn keluar dari zon selesa
Kertas ciptaan Amylea tidak sekadar membawa perubahan dalam genre muzik, bahkan mencabar kemampuan diri Noryn.

"I have lost him forever" - Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 2.30 petang.

Kesihatan merosot, Amylea mohon doa kesembuhan bapa
Penyanyi, Amylea Azizan, memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan bapanya yang semakin merosot disebabkan sakit jantung yang dialami sejak dua tahun lalu.

Amylea berhijab demi hormati Ramadan, mahu perbaiki diri dahulu
Amylea Azizan akui bertudung sempena menghormati kedatangan Ramadan kali ini.