USUS yang sihat berkait rapat dengan kesihatan tubuh kerana ia mampu menyerap sumber nutrien penting daripada makanan dan memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan baik.
Meskipun kebanyakan penyakit berkaitan usus tidak membawa maut, namun ia boleh memberi kesan buruk kepada kualiti hidup sekiranya penyakit berkenaan kerap berlaku dan berpanjangan.
Usus secara asasnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu usus kecil dan usus besar.
Usus kecil adalah organ penghadaman dan berfungsi untuk mencernakan makanan, manakala usus besar atau kolon bekerja untuk menyerap air serta mineral dari makanan yang dimakan, serta menyingkirkan sisa buangan (najis).
USUS SIHAT
Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) Dr Tan Yu Peng, mengekalkan kesihatan usus adalah sangat penting kerana ia adalah asas kepada tubuh yang sihat.
Beliau berkata, usus yang sihat akan mendorong sistem penghadaman manusia berfungsi dengan lebih baik dan makanan yang dicernakan dapat diserapkan secara optimum.
''Usus adalah organ yang berbentuk tiub dan menyambungkan tempat masuk makanan dari mulut ke tempat keluar sisa dari dubur.
''Fungsi utama usus ialah untuk penghadaman makanan dan penyerapan nutrien. Zat makanan yang diserap oleh usus itu yang akan memberikan kita tenaga,'' jelasnya, sambil menambah, apabila usus sihat, ia secara tidak langsung dapat mencegah pelbagai penyakit yang kebiasaannya dialami orang ramai termasuk sembelit, cirit-birit dan sakit perut.
Namun sekiranya, penyakit berkenaan berlarutan dan tidak dirawat, gejala itu boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain seperti penyakit autoimun dan diabetes.
PENUAAN
Dr Tan turut berkongsi bahawa ramai yang tidak mengetahui bahawa golongan muda yang mempunyai masalah kesihatan usus turut terdedah kepada proses penuaan lebih cepat.
Menurut beliau, terdapat beberapa punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada berlakunya proses penuaan awal, akibat daripada usus yang tidak sihat.
Antaranya, seperti mengambil makanan dan minuman terlampau manis dan berlemak, merokok atau minum minuman beralkohol secara berlebihan.
Selain itu, beliau berkata, golongan muda yang mempunyai tahap stres kronik dan tidak mendapat rehat yang cukup boleh menghidapi masalah usus tidak sihat dan mengakibatkan proses penuaan ke atas individu itu berlaku lebih cepat.
Beliau menjelaskan, mereka yang mempunyai kesihatan usus yang lemah akan menyebabkan kadar penyerapan nutrien daripada makanan tidak optimum serta berlaku peningkatan toksik di dalam badan.
''Ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami keradangan usus dan ketidakseimbangan flora bakteria (bakteria penting untuk proses penghadaman) dalam usus yang kemudiannya menyumbang pula kepada masalah penghadaman.
''Apabila keadaan ini berlaku, ia akan mendorong kepada kekurangan zat makanan, warna kulit yang kusam, jerawat pada badan, perut buncit dan kesukaran mengawal berat badan. Tanda ini menunjukkan golongan muda akan terlihat lebih berusi,'' katanya.
Beliau menegaskan, langkah paling berkesan untuk memelihara kesihatan usus adalah dengan mengamalkan pola pemakanan seimbang serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Ia termasuklah juga mengambil sumber makanan yang mengandungi prebiotik dan probiotik bagi merawat usus seperti susu kultur, tempe, sayuran serta buah-buahan.
''Probiotik adalah bakteria baik yang bagus untuk kesihatan usus manakala Prebiotik pula, makanan kepada (bakteria) probiotik, yang akan membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.
''...dan antara cara lain yang mudah untuk menjaga usus juga adalah dengan berpuasa mengikut jadual yang digilirkan (intermittent fasting). Berpuasa berkala sememangnya dapat menyihatkan usus kerana ia dapat memberikan masa rehat kepada usus dan pada masa sama membaik pulihkan sel dan dinding usus,'' tambahnya.
USUS DAN EMOSI
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri SMCV Dr Ryan Tee Chun Keat berkata, kesihatan usus bukan hanya berkait rapat dengan kesihatan tubuh, malahan ia juga penting untuk kesejahteraan mental manusia.
Sering dirujuk sebagai otak kedua manusia, usus memainkan peranan penting dalam kesejahteraan mental secara keseluruhan.
Menurut Dr Ryan, ia kerana paksi otak-usus adalah hubungan dua hala di antara otak dan usus, serta saling berkait rapat bagi menguruskan emosi dan tekanan.
''Manusia mempunyai trilion mikroorganisma yang memberi manfaat kepada kesejahteraan mental dan ia memainkan peranan yang penting dalam tindak balas badan terhadap stres, pengawalan emosi (emotional regulation) dan pemikiran seseorang.
''Seseorang yang sering mengalami simptom gastrik seperti kembung perut, pedih ulu hati, cirit-birit, sembelit, boleh menyebabkan mereka mudah rasa stres, marah atau murung. Sebaliknya, seseorang yang mengalami stres, kemurungan dan kebimbangan melampau (anxiety) juga boleh mengalami simptom gastrik " katanya.
Dalam pada itu, Dr Ryan berkata, saluran gastrousus atau pencernaan turut mempengaruhi mood dan sangat sensitif terhadap perubahan emosi manusia termasuk sedih, marah dan gembira.
Malahan katanya, individu yang mempunyai masalah pencernaan yang kronik turut berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.
''Kemurungan dan kebimbangan melampau adalah penyakit mental yang sering dialami kebanyakan orang. Kedua-dua penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan psikoterapi atau ubat-ubatan bergantung kepada keadaan pesakit.
'Amat penting untuk mengenal pasti samada gejala gastrik adalah disebabkan oleh penyakit gastrik atau disebabkan penyakit mental. Selepas mengenal pasti punca gejala gastrik barulah rawatan yang bersesuaian boleh diberikan,'' katanya.
PULIHKAN EMOSI
Mengulas lanjut, Dr Ryan berkata, langkah terbaik dalam menguruskan emosi adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup, sekurang-kurangnya tujuh jam sehari.
Amalan tidur yang baik, katanya, berupaya memulihkan fisiologi badan serta memainkan peranan penting dalam pengawalan emosi, fikiran dan memori seseorang.
Beliau menambah, bersenam secara teratur juga boleh memberi impak yang baik kerana mampu mengurangkan rasa cemas serta bimbang dan dapat meningkatkan sistem pencernaan individu.
''Bersenam juga adalah aktiviti yang sangat digalakkan untuk menaikkan mood, meningkatkan tenaga dan meningkatkan fokus apabila kita sedang melakukan satu-satu tugasan.
''Apabila emosi dan tekanan dapat diuruskan dengan baik, sistem pencernaan kita juga dapat berfungsi dengan baik kerana ia akan mengurangkan kerengsaan pada usus serta tubuh kita dapat menumpukan kepada penyerapan nutrien yang diperlukan,'' katanya.
-- BERNAMA / Nurqalby Mohd Reda
Bernama
Sun Apr 16 2023
Seseorang yang sering mengalami simptom gastrik seperti kembung perut, pedih ulu hati, cirit-birit, sembelit, boleh menyebabkan mereka mudah rasa stres, marah atau murung. - Gambar hiasan
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, Bukan sentimen
Ahli Parlimen disaran untuk berhujah berlandaskan fakta tanpa bermain dengan sentimen yang dipacu oleh emosi peribadi.
Menurut Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM, Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
Menurut Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM, Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Pembekal sandwic ham di UM didakwa 12 pertuduhan guna logo halal palsu
Sebuah syarikat pastri dan pengarahnya yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis yang tular di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didakwa di dua Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas 12 tuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam.
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
Kes Pukul OKU: Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
Kertas siasatan kejadian pukul membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.
Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Bermula 1 Februari, prasekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu yang melarang penggunaan skrin untuk kanak-kanak di bawah usia 18 bulan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).
Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.
Tiada penyakit berjangkit baharu di China - CDC
Data menunjukkan tahap intensiti influenza kekal sederhana di kebanyakan wilayah.
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU pada malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah "Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak" yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Pengarah hospital disaran buat pemantauan, elak 'burnout' dalam kalangan doktor pelatih - Pakar
Pengarah hospital disaran melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital masing-masing.