Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global (GMM) Tan Sri Razali Ismail berkata tindakan puak ekstremis minoriti di negara ini tidak akan menjejaskan kestabilan Malaysia.
Beliau berkata ini kerana tindakan mereka tidak menggambarkan isu arus perdana rakyat Malaysia.
"Rakyat Malaysia tidak perlu malu dengan pandangan yang dikeluarkan sesetengah golongan ekstrem atau agensi kerana mereka terdapat di tengah-tengah masyarakat kita dan ia merupakan isu yang Malaysia dan rakyatnya perlu tangani.
"Ia merupakan dimensi kecil dalam konteks Malaysia, tetapi akhirnya kita perlu cuba menyelesaikannya. Orang luar mungkin tidak faham keadaan ini, tetapi kita (rakyat Malaysia) perlu menyesuaikan diri dengan manifestasi drama psiko ini oleh orang yang mahu mendesak pendapat minoriti mereka dalam bentuk yang
sangat ekstrem," katanya mengulas isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.
Razali yang merupakan bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata demikian dalam sidang media sempena Persidangan ke-27 Academy of Latinity di sini pada Rabu yang dirasmikan Wakil Tinggi Perikatan Tamadun PBB, Nassir Abdulaziz Al-Nasser.
Turut hadir Duta Brazil ke Malaysia, Maria Auxiliadora Figueiredo, Setiausaha Agung Academy of Latinity, Candido Mendes dan Pengarah Pusat Pengajian Amerika Latin Universiti Malaya, Evelyn Syamala Paul
Devadason.
Terdahulu Razali berkata satu cara menangani ekstremisme dan pertembungan kebudayaan ialah dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan kesederhanaan, saling hormat menghormati, bertolak ansur dan memahami budaya.
"ASEAN juga melihat untuk merapatkan jurang dengan Amerika Latin yang menyaksikan Brazil selaku negara Latin pertama menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara semasa Sidang Kemuncak Asean di Kemboja tahun lalu," katanya semasa menyampaikan ucapan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Sementara itu Nassir berkata berikutan Tragedi 9/11, Academy of Latinity telah mengambil langkah bijak dengan menganjurkan persidangan di negara berkebudayaan Islam dengan menghantar isyarat betul bagaimana untuk menyatu padu dan mengurangkan salah faham budaya menerusi kepimpinan bertanggungjawab.
"Saya menghargai Akademi mahu mendekati dunia Islam dan Malaysia merupakan contoh negara yang mempunyai pelbagai budaya dan sederhana. Ini apa yang dunia perlukan untuk membawa keamanan dan kemakmuran," kata Nassir.
Bernama
Wed Jan 08 2014

Razali Ismail - Gambar fail
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Kestabilan M'sia tidak terjejas dengan tindakan segelintir ekstremis - Razali
Tan Sri Razali Ismail berkata tindakan puak ekstremis minoriti di negara ini tidak akan menjejaskan kestabilan Malaysia.