KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melantik perunding bagi melaksanakan 'Kajian Membangunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig' di negara ini yang menjurus kepada penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig (SPGig), sidang Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pelantikan perunding itu adalah susulan mesyuarat Jawatankuasa Pelbagai Kementerian dan Pemegang Taruh bagi SPGig pada 11 Mac lepas yang meneliti terma rujukan penubuhan SPGig melibatkan fungsi perundangan, keanggotaan, infrastruktur, kewangan dan lain-lain yang berkaitan.
"Lantikan perunding ini untuk mendapatkan kajian empirikal supaya akta atau punca kuasa yang bakal diperkenalkan berhubung Suruhanjaya Pekerja Gig adalah tepat dan bersesuaian dengan ekosistem gig di Malaysia.
"Kajian ini akan dibuat dalam tempoh enam bulan bermula April ini dan laporan interim akan dibentangkan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh (kajian) dilaksanakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Aziz Ariffin yang bertanyakan pelan jangka panjang menangani isu dialami oleh pekerja sektor e-hailing terutamanya golongan belia yang kini banyak bergantung kepada sektor berkenaan.
Langkah itu adalah usaha merealisasikan penubuhan suruhanjaya itu seperti dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada 2 Mac, bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.
Abdul Rahman berkata KESUMA juga mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Pro Tem Penggiat Gig serta bekerjasama dengan pihak International Labour Organization (ILO) dalam mendapatkan pandangan dan cadangan sesuai bagi menangani isu-isu semasa penggiat gig.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan sambutan pelaksanaan program latihan secara modular yang kini dijenamakan sebagai program kelayakan mikro bagi memastikan golongan belia yang terlibat dalam ekonomi gig diberikan latihan kemahiran oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menyaksikan trend meningkat.
"Persijilan bagi kursus kelayakan mikro pada tahun 2021 adalah sebanyak 2,307 (peserta) dan meningkat kepada 6,922 pada 2022, seterusnya meningkat lagi kepada 14,449 pada 2023.
"Langkah ini secara tidak langsung, turut menyokong perkembangan ekonomi gig yang dicirikan oleh kerja fleksibel, berasaskan projek dan menjadi sebahagian penting dalam pembentukan tenaga kerja yang dinamik," katanya.
Selain itu, katanya Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) turut menawarkan kursus jangka pendek berhubung keusahawanan, teknologi komputer, teknologi telekomunikasi dan kecerdasan buatan (AI) kepada golongan belia yang menyertai ekonomi gig.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Abdul Rahman berkata pelantikan perunding itu adalah susulan mesyuarat Jawatankuasa Pelbagai Kementerian dan Pemegang Taruh bagi SPGig pada 11 Mac lepas. - Gambar fail/JaPen
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
Skuad Ihsan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Perkeso kaji perlindungan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura
KESUMA melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menjalankan kajian mengenai skim insurans keselamatan sosial bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
Malaysia ketengahkan kesan AI, ekonomi hijau terhadap pasaran kerja di ALMM ke-28
Malaysia bakal mengetengahkan isu kesan kecerdasan buatan (AI), digitalisasi serta ekonomi hijau terhadap pasaran kerja pada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN (ALMM) ke-28 di Singapura.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
KESUMA komited kukuh pembangunan modal insan selaras dasar TVET Negara 2030
KESUMA terus komited memperkukuh pembangunan modal insan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi, selaras dengan tumpuan utama Dasar TVET Negara 2030.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.