KUALA LUMPUR: Ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu membabitkan Islamofobia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
Rata-rata pakar dan tokoh agama berkongsi pandangan sama apabila Perdana Menteri menyatakan ketegasan dalam Kenyataan Negara di UNGA Ke-78 di New York pada Jumaat berhubung isu Islamofobia yang melanda dunia kini yang disifatkan satu pendirian terpuji.
Bagi Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, selain pendirian terpuji Malaysia dan Turkiye dalam menangani isu itu, kesemua negara Islam yang lain juga perlu tegas secara kolektif agar usaha ini dapat memberi impak positif dengan penglibatan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Beliau berkata semua pemimipin dunia Islam harus membantah tindakan sesetengah negara yang membakar al-Quran kerana ia dilihat mampu memberi ingatan keras kepada negara berkenaan supaya tidak mengulangi tindakan itu.
"Al-Quran tidak mengajar pembacanya membenci dan memusuhi, sebaliknya menggalakkan sikap bertoleransi dan saling menghormati antara seluruh manusia tanpa mengambil kira perbezaan agama, keturunan dan budaya," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohammad Nidzam Abd Kadir berkata inisiatif kerajaan mencetak satu juta naskah al-Quran untuk diedarkan di seluruh dunia adalah antara langkah terbaik dalam mengekang isu terbabit.
Bagaimanapun, beliau berpandangan penganjuran sesi dialog dan debat agama juga perlu diangkat dengan matlamat utama untuk mengenali titik persefahaman dalam aspek perbezaan dan persamaan setiap agama.
"Kita perlu nyatakan bahawa umat Islam akan bangun membela jika hak setiap agama dinafikan dan kitab suci setiap agama dihina. Ini kerana Islam sendiri tidak membenarkan penghinaan dilakukan terhadap mana-mana agama," katanya.
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berpandangan kerajaan perlu konsisten dalam usaha menyedarkan dunia tentang isu-isu membabitkan Islamofobia.
"Malaysia sepatutnya mencontohi Turkiye. Dalam kalangan negara Islam, memang Turkiye agak terkedepan mempertahankan Islam. Jadi, sudah tentu Malaysia memerlukan rakan sebegini untuk bersolidariti dalam mempertahankan dan memperjuangkan Islam," katanya.
Pada Jumaat, Anwar dalam Kenyataan Negara yang disampaikan pada sesi Debat Umum UNGA-78 di Ibu Pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat berkata Malaysia bimbang dengan kemunculan "bentuk perkauman baharu" yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.
Dalam ucapan sama, Anwar turut menyentuh beberapa isu seperti insiden membakar Al-Quran, tindakan kekejaman rejim zionis terhadap Palestin, selain turut menggesa agar isu Rusia-Ukraine dapat diselesaikan oleh PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Anwar ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Debat Umum Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), di Ibu Pejabat UN, New York, 22 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
UNGA luluskan resolusi bagi rakyat palestin tentukan nasib sendiri dengan majoriti besar
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Selasa meluluskan resolusi yang mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dengan majoriti besar.
Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza
431 hari telah berlalu sejak serangan bermula, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.
Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.
Delegasi Turkiye dan lain-lain keluar Perhimpunan Agung PBB, protes PM Israel
Delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya.
'Saya hairan tindakan 14 negara menentang Resolusi Palestin' - Mohamad
Mohamad menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar di saat dunia sedang berusaha mencari penyelesaian.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Ancaman rentas sempadan, tindakan kolektif dunia diperlukan tangani isu Myanmar – Mohamad Hasan
Tindakan secara kolektif melalui pendekatan ASEAN adalah penting untuk menangani isu Myanmar, khususnya berkaitan dengan krisis kemanusiaan dan kezaliman terhadap umat Islam.
UNGA 79: Malaysia gesa hadkan kuasa veto UNSC, tuntut pelaksanaan resolusi Palestin
Kuasa veto tidak seharusnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.