PUTRAJAYA: Memasuki 2023, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan mengukuhkan titik persamaan sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi kemakmuran negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata sinergi kerjasama erat di antara semua pihak baik dari kerajaan, swasta dan juga rakyat adalah ramuan utama bagi memastikan kita bergerak dalam satu irama yang sama.
"Hadirnya tahun 2023 adalah dengan pelbagai harapan dan impian untuk negara kita terus maju sejahtera," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini sempena tahun baharu 2023.
Mohd Zuki turut menyeru anggota perkhidmatan awam bersiap siaga, berdedikasi dan memberikan komitmen penuh dalam memastikan islah atau pembaharuan digarap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan.
"Ini demi kestabilan dan kesejahteraan negara yang kita cintai. Sematkan dalam diri agar khidmat yang diberi pada hari-hari mendatang adalah lebih baik dari hari yang sebelumnya.
"Insya-Allah, kita akan terus melangkah gagah dalam mendepani apa jua cabaran yang perlu ditempuhi. Kita adalah benteng negara!" katanya.
Beliau berkata perjalanan tahun 2022 sudah sampai ke penghujungnya dengan pelbagai cantingan episod suka duka, pengalaman dan pengajaran yang perlu dimanfaatkan untuk terus memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan kepada semua pemegang taruh.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota perkhidmatan awam tidak kira siapa jua anda, yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menterjemah dasar di lapangan agar agenda pemulihan ekonomi terus diperkasa dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus diutama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022

ZUKI: Hadirnya tahun 2023 adalah dengan pelbagai harapan dan impian untuk negara kita terus maju sejahtera. - Gambar fail/BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.

KPM dicadang wujudkan kayu ukur pencapaian tujuh teras pendidikan negara
Mekanisme itu beri peluang kepada rakyat membuat penilaian objektif terhadap pencapaian dilakukan KPM berdasarkan tujuh teras utama yang digariskan pada Disember 2022.

Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN
Memasuki 2023, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan mengukuhkan titik persamaan sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi kemakmuran negara.

Ketepikan perbezaan, cari persamaan, gesa Ahmad Zahid kepada umat Islam
Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu terus bersatu menentang asakan termasuk Islamofobia melalui contoh dan akhlak yang baik.