AHLI politik disaran mengetepikan perbezaan dan politik bagi meluluskan Belanjawan 2021 demi kepentingan negara, kata penasihat akhbar The Star Datuk Seri Wong Chun Wai.
Menerusi satu artikel yang disiarkan akhbar itu pada Isnin, Chun Wai berkata kegagalan untuk meluluskan Belanjawan tersebut dilihat akan memudaratkan lagi negara yang berdepan dengan cabaran ekonomi.
Katanya lagi, penolakan Belanjawan juga bermaksud Ahli Parlimen menolak titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, beliau berkata risikonya amat besar sekiranya Belanjawan 2021 gagal.
BACA: Kesemua ahli Parlimen Amanah tolak Belanjawan 2021 - Mat Sabu
“Malaysia tidak boleh mengadakan Pilihan Raya Umum disebabkan penularan COVID-19 yang dahsyat.
“Lihat sahaja Amerika Syarikat dan Myanmar.
"Ya, Korea Selatan dan Singapura mampu melaksanakan pilihan raya dengan baik, namun mampukah kita mematuhi standard disiplin yang tinggi seperti kedua-dua negeri Asia ini?
“Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, ahli politik melanggar semua SOP (prosedur standard operasi) dan ia menyebabkan ramai rakyat Sabah dijangkiti dan meninggal dunia,” katanya pada artikelnya itu.
SEGALANYA MENGENAI BELANJAWAN 2021, KLIK DI SINI
Malah, katanya, tidak wajar untuk menuntut supaya Pilihan Raya Umum yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1.2 bilion untuk diadakan.
Bagaimanapun, Chun Wai berpendapat Ahli Parlimen berhak meneliti dan mempersoalkan dana yang diperuntukkan kepada setiap kementerian dan agensi.
“Mereka boleh berbuat demikian memandangkan kami (rakyat) mahukan mereka berbuat begitu. Ia agar tiada ‘cek kosong’ (blank cheque) kepada kerajaan.
“Sebagai contoh, mengapa Ahli Parlimen perlu meluluskan peruntukan RM85 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tanpa perincian lanjut bagaimana ia akan memanfaatkan rakyat Malaysia,” tambahnya.
Namun, katanya, timbulnya satu persoalan.
Adakah rakyat Malaysia menolak Belanjawan 2021 atas dasar ia tidak menepati tuntutan yang dikemukakan atau semata-mata kerana ia dibentangkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Astro Awani
Tue Nov 24 2020

Kata Chun Wai, penolakan Belanjawan juga bermaksud Ahli Parlimen menolak titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ketepikan perbezaan, kukuh titik persamaan demi negara - KSN
Memasuki 2023, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan mengukuhkan titik persamaan sebagai satu pasukan yang membawa aspirasi kemakmuran negara.

PKPD hari pertama: SOP berbeza di Kuala Lumpur, Selangor
Tinjauan mendapati, terdapat perbezaan prosedur operasi standard (SOP) antara mukim yang dikenakan PKPD, di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketepikan perbezaan, luluskan Belanjawan demi kepentingan negara - Wong Chun Wai
Menerusi satu artikel yang disiarkan The Star pada Isnin, Chun Wai berkata kegagalan untuk meluluskan Belanjawan tersebut dilihat akan memudaratkan lagi negara yang berdepan dengan cabaran ekonomi.

Ketepi perbezaan, hapus kebencian, isytihar perang terhadap COVID-19 - Hishammuddin
Waktu ini adalah masa untuk bersatu, mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara.

Nafi ultra Melayu: Musuh politik mahu lemahkan saya - Dr Mahathir
Perdana Menteri menegaskan dakwaan itu dibuat oleh Bapa Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, bagi menjatuhkan karier politik beliau.