KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua parti agar mengetepikan perbezaaan politik dan sebaliknya menumpukan usaha untuk mewujudkan kestabilan politik sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah itu berkata dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan, setiap parti politik seharusnya berusaha keras untuk menterjemahkan manifesto yang telah dinyatakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
"Walaupun kita berkabilah dengan kabilah yang berbeza, namun kita hendaklah mengesampingkan perbezaan pegangan dalam kalangan kita. Jika ada pun perbezaan pendapat, tentu ada kaedah yang harus dilaksanakan secara tasawuf dengan penuh akhlak yang tinggi serta ditangani dengan prinsip siasah Islami.
"Kita harus berpijak di bumi yang nyata dan mengakui realiti bahawa kestabilan politik harus diwujudkan, biarpun berbeza pendapat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 40 Tahun dan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan Perjanjian Persefahaman Antara Gabungan Kerajaan Perpaduan dimeterai semalam.
Beliau turut mengumumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA Berhad.
"Pelantikan itu dibuat mengikut peraturan yang baharu... formaliti berkaitan pelantikan ini akan dibuat Datuk Seri Ketua Setiausaha (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) Datuk Seri Ramlan Harun dalam masa terdekat," katanya.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu pekeliling memaklumkan semua lantikan politik dalam badan berkanun di tahap kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan ditamatkan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
![Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha pacu ekonomi negara Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha pacu ekonomi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671226698_ZahidHamidi.jpg)
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Sambutan 40 Tahun dan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-40 Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad. - Foto BERNAMA
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
!['Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar 'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735887796_AnwarIbrahim.jpg)
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
![Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732782973_TBzahidhamidi.jpg)
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732782134_zahid.jpg)
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
![Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732708072_TunMahathirSidang.jpg)
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
![BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732431506_AhmadZahidHamidi.jpg)
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
![MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732013677_ZahidHamidiMIHAS.jpg)
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
![Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731989754_TBzahidhamidi.jpg)
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
![Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731928586_tbMiHASDubai.jpg)
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
![Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731800899_ZahidHamidi.jpg)
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
![Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731714295_IESFRiyadhmalaysi.jpg)
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.