Penerbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun yang sepatutnya berlepas esok (Selasa) ditunda ke Rabu ini sebagai langkah keselamatan susulan amaran ribut taufan di negara itu.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Endie Shazli Akbar melalui aplikasi WhatsApp pada Isnin.
“Ada amaran ribut taufan. Jadi kena ambil langkah berjaga-jaga. Perubahan dibuat bagi mengurangkan risiko penerbangan,” ujarnya.
Perdana Menteri sebelum ini dijadual melakukan lawatan kerja selama tiga hari bermula 6 Ogos dan berakhir 8 Ogos ini.
Antara lain, Tun Dr Mahathir dijangka menyampaikan ucapan di Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Jepun bertajuk “Bagaimana Sains dan Teknologi akan menyumbang kepada Keamanan Dunia”.
Selain itu, beliau juga dijadual bertemu dengan Penasihat kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi.
Ini merupakan lawatan kerja rasmi kedua Tun Dr Mahathir ke Fukuoka selepas ke bandar itu setahun lalu.
Rahimah Abdullah
Mon Aug 05 2019

Hotel Nikko yang akan menjadi lokasi penginapan Perdana Menteri sempena lawatan kerjanya ke Fukuoka. - Foto Astro AWANI/Rahimah Abdullah

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Ketibaan Tun M di Fukuoka ditunda ke Rabu susulan amaran taufan
Penerbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun yang sepatutnya berlepas esok (Selasa) ditunda ke hari Rabu sebagai langkah keselamatan susulan amaran ribut taufan.