Ramai peruncit, ejen dan pengusaha perkhidmatan masih cuba memahami serta menyesuaikan operasi mereka dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar peratus bermula 1 Jun lepas.
Ada yang enggan melaraskan model penetapan harga mereka sewajarnya memandangkan tempoh tanpa cukai hanya untuk tiga bulan sahaja sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September.
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.
Ketika dihubungi Bernama, beberapa ejen insurans berkata mereka masih belum jelas mengenai sama ada perlu mengekalkan kadar sumbangan semasa atau mengurangkan jumlah itu sejajar dengan GST sifar.
"Kami masih menunggu arahan yang jelas," kata seorang ejen insurans ketika ditanya mengapa jumlah yang dikenakan pada Jun adalah sama dengan jumlah bulan sebelumnya.
Terdahulu, Persatuan Insurans Am Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia mengumumkan bahawa syarikat insurans hayat dan am serta pengusaha takaful akan mengenakan GST berkadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun.
"Orang ramai dinasihatkan menghubungi syarikat insurans dan takaful masing-masing untuk mendapatkan penjelasan mengenai GST bagi mana-mana produk insurans dan takaful yang dibeli atau perkhidmatan diberikan," kata persatuan tersebut.
Sementara itu, tinjauan mendapati harga makanan masih sama, manakala banyak restoran dan hotel menawarkan bufet Ramadan pada harga yang sama dengan harga sebelum GST sifar.
Pengusaha restoran mengatakan bahawa harga bahan mentah masih tinggi sementara hotel pula mendakwa harga yang mereka tawarkan adalah tidak termasuk GST.
Situasi itu berbeza dalam kalangan peruncit barang bukan makanan, bagaimanapun kebanyakan peruncit, daripada barang kemas hingga kedai perabot memanfaatkan GST sifar untuk mengadakan promosi jualan dengan tawaran potongan sehingga 80 peratus termasuk melalui platform media sosial.
Seorang promoter jualan di Kedai Perabot dan Elektronik Quan di Subang Jaya berkata rakyat Malaysia mengambil peluang tempoh tanpa cukai untuk membeli-belah susulan harga yang ditawarkan jauh lebih murah.
"Sebagai contoh, harga bagi set tilam bersaiz "queen" lengkap jatuh daripada RM1,999 kepada RM1,099, manakala harga peralatan elektrik juga susut sebanyak RM10 hingga RM100, bergantung kepada barang," katanya.
Pelanggan, Siti Nor Aini Hamidon, 32, berkata keluarganya memperuntukkan RM5,000 bagi perbelanjaan Aidilfitri kali ini.
"Barang agak murah tahun ini, ditambah dengan promosi melalui dalam talian dan kedai fizikal, ramai yang menikmati nilai wang mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018

Ada yang enggan melaraskan model penetapan harga mereka sewajarnya memandangkan tempoh tanpa cukai hanya untuk tiga bulan sahaja sebelum pelaksanaan SST September nanti. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.

PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.

Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.

Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.

PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan

Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.

Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.

MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.

Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.