Siasatan awal mendapati kemalangan di KM45 Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Di Awan, Kampar semalam yang meragut sembilan nyawa berpunca daripada ketidakseimbangan muatan lori air batu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sekiranya siasatan lanjut mendapati ketidakseimbangan muatan punca sebenar kemalangan, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik dan pemandu lori.
Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.
"Sekiranya punca adalah kerana lori berkenaan terbabas ketika ketidakseimbangan barangan sehingga menyebabkan kenderaan itu terumbang-ambing, maka tindakan tegas perlu diambil.
"Ini perkara serius kerana ia bukan sahaja membahayakan pemandu lori itu sendiri malah pengguna jalan raya yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.
BACA: Sembilan maut van bertembung lori ais di Tapah
BACA: Pasukan CRU Miros kaji kemalangan di Tapah - Lam Thye
BACA: Pemandu lori ais langgar kereta lain, sebelum langgar van hingga 9 maut - Polis
Selain itu, Liow yang juga Presiden MCA berkata, setiap pemandu atau pemilik kenderaan perlu mengikuti peraturan ditetapkan termasuk daripada aspek muatan barangan dan had laju.
"Kadang-kadang cara memuatkan (barangan) tidak betul sekali gus mengakibatkan kargo boleh terumbang-ambing dan apabila melalui jalan berselekoh, kenderaan itu boleh terbabas.
"Semuanya sudah ada dalam undang-undang dan sudah dikaji, tetapi adakah (pemandu) mematuhi undang-undang ditetapkan?" katanya.
Kemalangan membabitkan sebuah lori air batu dan van membawa lapan wanita pekerja ladang di sekitar Air Kuning, Tapah pada kira-kira pukul 6.45 pagi semalam meragut sembilan nyawa.
Semua yang maut adalah penumpang van dan pemandu, manakala pemandu lori air batu cedera parah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017
Susulan kejadian pada pagi 28 Oktober lalu, pemandu lori ais telah ditahan polis untuk siasatan lanjut setelah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad. - Gambar fail
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Kamera AES di Menora bantu kurangkan risiko kemalangan - Exco
Penguatkuasaan itu juga bagi memastikan pengguna mematuhi kadar had laju pada lokasi kerap berlaku kemalangan.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Aidilfitri
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April sempena perayaan Aidilfitri.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula esok hingga 13 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Pengurangan had laju langkah baik kurangkan risiko kemalangan di musim perayaan
Penguatkuasaan undang-undang tersebut hanya salah satu mekanisme yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan.
Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
Ia menjadikan had laju Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.
MIROS bentang cadangan had laju kenderaan di pusat bandar pada April
MIROS yang mencadangkan perkara itu ketika ini masih membuat perincian dan penelitian mengenainya.