KUALA LUMPUR: Aturan kerja fleksibel yang diperkenalkan semasa pandemik kini terjejas disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi ketika ini, kata rangkaian profesional terbesar dunia, LinkedIn.
LinkedIn dalam penyelidikan eksekutif peringkat C global terbaharunya, ia mendapati lebih daripada dua pertiga atau kira-kira 68 peratus pemimpin perniagaan berkata keadaan semasa boleh mengancam kerja fleksibel.
Sebagai perbandingan, bidang utama lain dalam kehidupan bekerja seperti pembelajaran dan pembangunan (74 peratus) dan kesejahteraan pekerja (75 peratus) mungkin turut terjejas.
LinkedIn dalam satu kenyataan pada Isnin berkata kajiannya terhadap lebih 2,900+ eksekutif peringkat C daripada organisasi besar di seluruh dunia dan data pekerjaan LinkedIn mendedahkan percanggahan yang semakin meningkat antara perkara yang profesional mahukan dan apa yang ditawarkan oleh majikan dengan keseimbangan kuasa kembali kepada majikan kerana pengambilan pekerja semakin perlahan.
Ia menyatakan bahawa lebih satu pertiga mahu mengurangkan belanjawan dan peluang pembelajaran dan pembangunan pekerja serta kerja fleksibel dan peranan kerja hibrid dengan 55 peratus pemimpin perniagaan di Asia Pasifik lebih menyukai pekerja berada di pejabat bekerja dengan kerap berbanding bekerja dari rumah.
Bagaimanpun, sebanyak 68 peratus berpendapat bahawa kerja hibrid akan kekal untuk jangka masa yang lebih lama, katanya.
Di Malaysia, LinkedIn berkata terdapat syarikat yang melaksanakan strategi untuk mengharungi keadaan tidak menentu seperti melabur dalam inisiatif pembelajaran dan pembangunan untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang berkaitan dan usaha peningkatan kemahiran itu membantu mewujudkan tenaga kerja yang boleh menyesuaikan diri, komited dan berdedikasi.
Sebagai contoh, kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) baru-baru ini dan LinkedIn mahu mempercepatkan langkah Malaysia ke arah ekonomi berasaskan kemahiran dengan membantu pekerja mereka meningkatkan kemahiran serta dilatih semula menerusi Pembelajaran LinkedIn yang diadakan secara dalam talian, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood, berkata majikan yang berdaftar dengan HRD Corp mula kembali dan kini menumpukan perhatian terhadap mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan perniagaan bagi beberapa tahun akan datang seiring dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2023.
"Bagaimanapun bagi memastikan ia berkesan, mereka perlu terus menerima teknologi digital untuk memacu kecekapan operasi dan meningkatkan produktiviti perniagaan. Selain itu, mereka juga perlu memberi penekanan lebih kepada sumber manusia. Ini bermakna mengupah pekerja dengan kemahiran yang betul dan menyediakan peluang latihan dan pembangunan kepada tenaga kerja sedia ada untuk menggunakan dan mengoptimumkan peralatan teknologi digital.
"Justeru, HRD Corp telah bekerjasama dengan persatuan perniagaan dan industri terkemuka untuk membangunkan Rangka Kerja Kemahiran Industri, laluan kerjaya, pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk beberapa pekerjaan dan industri tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Sebanyak 68 peratus berpendapat bahawa kerja hibrid akan kekal untuk jangka masa yang lebih lama. - Gambar hiasan
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Ketidaktentuan ekonomi ancam aturan kerja fleksibel - LinkedIn
Lebih daripada dua pertiga atau kira-kira 68 peratus pemimpin perniagaan berkata keadaan semasa boleh mengancam kerja fleksibel.
Permintaan terhadap hartanah berubah pasca COVID-19
Permintaan bagi hartanah perumahan kini tertumpu kepada kawasan luar bandar pasca COVID-19.