SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menolak pengakuan bersalah bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap jurugambar wanita melalui aplikasi X, Julai lalu.
Majistret, Sasha Diana Sabtu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan membangkitkan isu kewarasan tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 37.
“Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya tidak menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mahkamah meneruskan prosiding dengan perbicaraan pada 17 Januari tahun depan,” kata majistret.
Mahkamah dimaklumkan, seramai tiga saksi akan memberi keterangan termasuk Acacia, melalui sidang video.
Dalam prosiding ini, tubuh Mohamad Safiq kelihatan lebih kurus yang mana berat badannya pada hari pertama didakwa, mencecah sebanyak 105 kilogram (kg), turun kepada 85 kg iaitu penurunan sebanyak 20 kg.
Sementara itu, ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas menghujahkan, pasukan pendakwaan berhasrat untuk meneruskan kes dengan perbicaraan penuh.
Menurutnya, laporan psikiatri membuktikan tertuduh tidak waras ketika melakukan kesalahan itu, namun ia tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.
Katanya, tertuduh perlu memenuhi faktor kewarasan mengikut undang-undang dan kewarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah.
"Laporan perubatan oleh Hospital Bahagia hanya melibatkan pemeriksaan kewarasan mengikut konsep perubatan sedangkan laporan sama berdasarkan undang-undang, tidak terjawab.
“Satu-satunya cara untuk membuktikan kewarasan ikut undang-undang adalah dengan perbicaraan penuh,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Fithril Hakim Ab Jalil yang mewakili tertuduh berkata, keadilan tidak ditegakkan sekiranya Mohamad Safiq dikekalkan dalam penjara lebih-lebih pada tahap mentalnya ketika ini.
Beliau berkata, mahkamah perlu menggunakan peruntukan mengikut Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah iaitu membebaskan seseorang atas alasan gangguan mental, sebelum mengarahkannya ditahan di hospital mental sehingga tempoh diperkenankan Sultan Selangor.
“Pihak pendakwaan tahu mengenai keadaan mental tertuduh jika kes ini dibawa untuk perbicaraan.
“Anak guam akan terus berada dalam penjara maka tiada keadilan untuknya jika kekal di situ,” katanya.
Pada 10 Ogos lalu, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, secara berulang, dengan menghantar komunikasi menggunakan akaun di aplikasi X, "@sopert99" kepada mangsa di akaun "@ShaFoShizzle", yang telah dibaca di sebuah rumah di daerah ini, pada 15 hingga 21 Julai lalu.
Tertuduh yang kini menganggur, sepatutnya mengetahui bahawa, gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 507A (3) kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, mahkamah memerintahkan lelaki berkenaan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya lelaki itu dihantar ke hospital mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bagaimanapun, dia disabitkan atas kesalahan tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding sebutan kes, Jumaat lalu.
Pada prosiding sama, Zilfinaz memohon mahkamah merujuk kepada Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah selepas menerima laporan perubatan psikiatri tertuduh.
Laporan perubatan didapati, terdapat ketidakwarasan terhadap tertuduh, tetapi menurut pegawai perubatan, tertuduh layak dibicarakan dan membuat pengakuan.
Ini bermakna perbicaraan penuh boleh dijalankan meski pun tertuduh mengaku bersalah.
Mahkamah ketika itu menerima pengakuan bersalah Mohamad Safiq dan pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi fakta kes serta hukuman.
Mohamad Safiq merupakan individu pertama didakwa di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan selepas akta tersebut dikuatkuasakan pada tahun ini.
Turut hadir, peguam, Fithril Hakim Ab Jalil mewakili tertuduh sementara peguam pemerhati, Jason Wee bagi pihak mangsa.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023

Mohamad Safiq (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Ogos lalu bagi menghadapi pertuduhan kes menghendap seorang jurugambar wanita. - Foto Sinar Harian

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Kelemahan mental punca beregu pelapis lelaki tersingkir awal - Herry
"Saya perlukan masa untuk ubah sedikit cara mereka bermain. Kalau tengok pada latihan memang tunjuk peningkatan namun ia berbeza semasa bertanding."

Hanya pengamal perubatan berkelayakan dibenar diagnosis penyakit mental
Pengamal perubatan berkenaan termasuk pakar psikiatri dan pegawai perubatan yang kompeten dalam menilai keadaan psikologi pesakit.

Kes lupus e-sisa haram: SPRM sita 61 akaun bank dengan nilai RM15 juta
SPRM turut melakukan tangkapan terhadap 26 individu, termasuk pemilik dan pengarah syarikat serta pegawai penguat kuasa.
Elakkan jualan panik dalam ketidaktentuan pasaran
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, jualan panik oleh pelabur sering didorong oleh emosi dan bukannya analisis rasional. Pelabur perlu menilai kekuatan syarikat berdasarkan faktor seperti pertumbuhan pendapatan, model perniagaan yang berdaya tahan dan prospek jangka panjang.

Ketidakwarasan: Mahkamah tolak pengakuan bekas pereka sambilan hendap jurugambar wanita
Mahkamah menolak pengakuan bersalah bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap jurugambar wanita.