Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menekankan bahawa, KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga sebenarnya tidak telus dalam penetapan tarif elektrik.
Dalam AWANI 7.45 (9 Disember 2015), Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga telah menyatakan bahawa beliau kurang bersetuju dan komen AWER adalah kurang tepat.
Malangnya, harga gas asli berpaip telah meningkat dan ketelusan dalam harga gas asli berpaip masih tidak wujud.
Di samping itu, pecahan penjimatan sebenar kos bahan api dari tempoh Julai 2015 hingga Disember 2015 tidak ditunjukkan dalam siaran media KeTTHA. Tambahan pula, jumlah penjimatan daripada rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) juga gagal ditunjukkan?
Mengapa data-data ini gagal dikemukakan kepada pengetahuan umum? Penjimatan-penjimatan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kos yang sudahpun dibayar oleh pengguna melalui tarif elektrik. Ini bukanlah duit KeTTHA atau Suruhanjaya Tenaga.
Kos gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM 15.20 setiap mmBTU bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Kini, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga gas asli berpaip untuk penjanaan elektrik sebanyak RM 3.00 setiap mmBTU hingga mencapai harga RM 18.20 setiap mmBTU berkuatkuasa 1 Januari 2016 (berbanding harga gas asli berpaip RM 15.20 setiap mmBTU yang digunakan untuk penetapan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017).
Ini akan menyebabkan kos bahan api tambahan kepada tarif elektrik sebanyak RM 560 juta untuk tempoh 6 bulan (Januari 2016 - Jun 2016). Malangnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga tidak menunjukkan apa-apa pecahan komponen kos untuk kedua-dua gas asli berpaip dan gas asli cecair (LNG) sehingga kini.
Berdasarkan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) oleh AWER untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga, maklum balas pengguna adalah jauh berbeza dengan penerangan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga.
Apabila responden ditanya sama ada mereka ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan oleh kerajaan, 69.94 peratus rakyat Malaysia ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan.
Tambahan pula, apabila responden ditanya sama ada mereka berpendapat bahawa kerajaan telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api, hanya 26.13 peratus rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api.
Majoriti 73.87 peratus rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan tidak telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api.
Harga pasaran semasa LNG adalah RM 31.317 setiap mmBTU. Walau bagaimanapun, gas asli berpaip tidak akan mempunyai kos tambahan seperti LNG yang terdiri daripada kos menukarkan gas asli kepada cecair, kos pengangkutan dari pelabuhan ke pelabuhan dan kos penukaran daripada cecair kepada gas.
Maka, jawapan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga yang menyatakan kenyataan AWER adalah kurang tepat atau tidak tepat adalah salah dan beliau langsung tidak menjawab soalan yang diajukan kepada beliau mengenai pecahan kos-kos bagi gas asli berpaip.
Di samping itu, pelbagai isu-isu yang akan menyebabkan peningkatan kos penjanaan tenaga elektrik pada masa akan datang tidak dielakkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA.
Antaranya adalah penganugerahan projek-projek loji janakuasa elektrik melalui rundingan terus dengan memutar belitkan fakta kejuruteraan serta pelanjutan loji-loji janakuasa lama (generasi pertama) yang akan meningkatkan kos bahan api bagi penjanaan tenaga elektrik.
Oleh sebab itu, KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga masih gagal untuk mencapai ketelusan dalam penetapan tarif elektrik kerana pecahan kos input tenaga penting seperti gas asli berpaip masih tidak jelas. Gas asli berpaip merupakan komponen utama dalam kos penjanaan tenaga elektrik selepas arang batu.
Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
Media Statement
Tue Dec 22 2015

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mendakwa KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik. - Gambar fail

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Kerajaan perlu siap sedia hadapi kemungkinan berlaku fenomena El Nino - AWER
AWER mengetengahkan isu-isu yang mesti dipertimbangkan supaya Malaysia bersedia menghadapi corak cuaca bermusim ini.

SPAN digesa siasat isu gangguan bekalan air di Langkawi
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Langkawi.

Isu air Selangor: Rakyat perlu tahu isu sebenar, beri tekanan kepada kepimpinan
Mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebaiknya atau berdepan hukuman ditolak rakyat daripada kerusi kuasa mereka.

Hargai alam sekitar, wang tidak boleh kembalikan alam kepada bentuk asal
Tema Biodiversiti dengan slogan 'Waktunya Untuk Alam', memperlihatkan kepentingan kepelbagaian biologi sebagai aset dunia yang sangat bernilai untuk kesejahteraan manusia sejagat.

Musim kering: Wajar pertimbang catuan air - AWER
Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka berpanjangan sehingga Mei ini.

Struktur semula air dengan segera, baru mudah laksana GTMP - AWER
Kata pengerusinya, S.Piarapakaran, struktur industri air perlu disusun semula supaya lebih efisyen dan tidak berlaku 'dua kerja' dalam fokus KeTTHA untuk laksana penggunaan air kumbahan terawat.

Guna pendingin hawa tapi mahu jimat bil elektrik? Ikuti 5 panduan asas ini
Ini tip serta saranan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bagi membantu menjimatkan bil elektrik anda.

El-Nino: Beri insentif kepada pemaju bangunan cekap tenaga - AWER
Kerajaan disaran memberikan insentif kepada pemaju dan pemilik bangunan yang membina bangunan cekap tenaga.

KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik - AWER
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mendakwa KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik.

AWER persoal keengganan Selangor mulakan catuan air
Keengganan kerajaan Selangor itu seolah-olah menunjukkan ia begitu yakin musim hujan pasti bermula bulan depan.