KUANTAN: Seorang Ketua Balai Polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,400 daripada beberapa individu, sejak 2021.
Tertuduh, Anuar Yaakob, 54 tahun, yang berpangkat sarjan mejar, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Bapa kepada tiga anak itu, didakwa sebagai anggota polis yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sehingga kemudiannya ditugaskan sebagai Ketua Balai Polis Cherating telah menerima suapan daripada beberapa individu.
Tertuduh didakwa menerima wang melalui transaksi perbankan atas talian yang dimasukkan dalam akaun miliknya berjumlah antara RM100 hingga RM2,000 di lima lokasi berbeza di sekitar daerah ini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh Anuar antara Januari 2021 sehingga Oktober 2022.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika disabitkan dengan kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif dalam prosiding itu menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon agar wang jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga anak.
Hujahnya, selain itu, anak guamnya menjaga kedua ibu bapanya yang berusia 73 dan 76 tahun.
"Anak guam saya telah berkhidmat selama 33 tahun dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) dengan pendapatan bersih sebanyak RM3,000," jelasnya kepada mahkamah.
Mahkamah membenarkan Anuar dijamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Syarat tambahan turut ditetapkan oleh mahkamah iaitu tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan bermula September sehingga selesai perbicaraan.
Tertuduh juga diperintahkan untuk tidak mengacau ganggu saksi-saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.
Kes ditetapkan pada 25 September sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023

Anuar (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 98 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM31,400 daripada beberapa individu, sejak 2021. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Ketua balai polis didenda RM6,000 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Empat anggota berhibur di balai polis hanya berdepan tindakan tatatertib
Tuduhan jenayah melibatkan dadah ke atas mereka tidak dikenakan dan pihak timbalan pendakwa raya mengambil keputusan untuk tidak mendakwa mereka.

Ketua balai polis letak jawatan selepas ditahan curi tisu tandas
Penyiasat menggeledah kediaman Tanaka dan menjumpai 13 gulung tisu tandas dari bilik air pusat beli-belah berkenaan.