Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum bersara hari ini selepas berkhidmat selama 27 tahun dalam badan kehakiman.
Malanjum, anak kelahiran Sabah pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman itu, berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara selama sembilan bulan, dan 12 tahun selaku Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Beliau mencapai umur persaraan wajib pada usia 66 tahun, Oktober tahun lepas, dan dilanjutkan selama enam bulan berakhir hari ini.
"Kepada semua rakan hakim saya, berikan yang terbaik dan jangan mengharapkan apa-apa!," dalam kata perpisahannya.
"Bagi saya...saya akan terus membantu mereka yang tidak bernasib baik dan terpinggir dalam apa jua cara yang mungkin."
Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara kesembilan pada 11 Julai tahun lepas, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada bulan yang sama.
Pegawai khasnya, Mohd Aizuddin Zolkeply berkata Malanjum telah mengambil cuti awal minggu ini dan kini berada di luar negara.
Malanjum menyertai perkhidmatan kehakiman pada 1992 sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Beliau pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya Hakim Mahkamah Persekutuan.
Malanjum memperkenalkan konsep pengurusan bersama dan berkumpulan, di mana hakim yang memegang empat jawatan tertinggi (Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak) diberikan kuasa dan tanggungjawab sama dalam segala hal berkaitan dasar serta penyertaan dalam pengurusan badan kehakiman.
Beliau juga melaksanakan sistem "time sheet" di mahkamah di Semenanjung, iaitu sebuah sistem secara berkomputer bagi menggalakkan pengurusan masa mahkamah yang lebih berkesan dalam kalangan hakim dan pegawai kehakiman.
Sistem berkenaan sebelum itu diperkenalkan Malanjum di mahkamah di Sabah dan Sarawak, ketika menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Beliau juga memperkenalkan E-review, sistem pengurusan kes dalam talian tanpa kehadiran pihak-pihak dalam kes mahkamah untuk pengurusan kes.
Bagi mengelak sebarang dakwaan dan elemen negatif dalam pembahagian kes dan pemilihan panel hakim, Malanjum juga melaksanakan pemilihan panel Hakim Mahkamah Persekutuan melalui pengundian untuk mendengar kes-kes di Mahkamah Persekutuan.
Beliau juga membuat perubahan mengenai bilangan hakim sebagai panel di Mahkamah Persekutuan bagi mendengar kes-kes melibatkan perlembagaan dan kepentingan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2019
![Ketua Hakim Negara Richard Malanjum bersara hari ini Ketua Hakim Negara Richard Malanjum bersara hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544515054_TBMAJLISANGKATSUMPA.jpg)
Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara kesembilan pada 11 Julai tahun lepas, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada bulan yang sama. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737668902_TBMuhammadAhsan.jpg)
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
![Vivian Hoo akhiri karier lebih sedekad di Terbuka Malaysia 2025 Vivian Hoo akhiri karier lebih sedekad di Terbuka Malaysia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736468504_TBbadminton.jpg)
Vivian Hoo akhiri karier lebih sedekad di Terbuka Malaysia 2025
Suasana bertukar hiba apabila peminat berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghargaan ketika pemain itu beredar.
![Bekas pemain sayap Manchester United Nani umum persaraan Bekas pemain sayap Manchester United Nani umum persaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733719611_LuisNaniMancheste.jpg)
Bekas pemain sayap Manchester United Nani umum persaraan
Nani menyertai United pada 2007 dan membuat 230 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan 41 gol.
![Veteran ATM bersara sebelum Januari 2013 terima pelarasan pencen 15 peratus Veteran ATM bersara sebelum Januari 2013 terima pelarasan pencen 15 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730980359_TBKhaledNordin.jpg)
Veteran ATM bersara sebelum Januari 2013 terima pelarasan pencen 15 peratus
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen sebelum Januari 2013 akan turut menerima kenaikan pelarasan pencen sebanyak 15 peratus selepas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanaka
![Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726053241_TBShahFirdaus.jpg)
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
![Apabila tiba masanya, saya akan bersara - Cristiano Ronaldo Apabila tiba masanya, saya akan bersara - Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719875962_CristianoRonaldo.jpg)
Apabila tiba masanya, saya akan bersara - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo berkata dia tiada niat untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa buat ketika ini.
![Ronaldo sasar ledak 1,000 gol sebelum bersara Ronaldo sasar ledak 1,000 gol sebelum bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724906097_CristianoRonaldo.jpg)
Ronaldo sasar ledak 1,000 gol sebelum bersara
CRISTIANO Ronaldo meletakkan sasaran luar biasa dalam kariernya sebelum bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.
![Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara di Al-Nassr Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara di Al-Nassr](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724809810_AlNassrFC.jpg)
Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara di Al-Nassr
Al-Nassr mungkin menjadi kelab terakhir dalam karier Cristiano Ronaldo sebelum bersara.
!['Boleh jadi model kalau bersara main badminton' 'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723954778_TBLeeZiiJia.jpg)
'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'
Zii Jia tampil di atas pentas dengan menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek.
!['Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley 'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723768502_JohnBeasley.jpg)
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.