Seorang ketua kongsi gelap dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang mekanik dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Musa Yunus, 42, bahawa dia tidak kenal mangsa, R. Kumaran, serta tidak menendang dan menikamnya merupakan penafian semata-mata.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim turut menolak pembelaan tertuduh bahawa dia dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan berpendapat segala penafian tertuduh tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sebaliknya, hakim itu berkata keterangan saksi-saksi pendakwaan begitu konsisten sekali terutama isteri mekanik itu yang melihat dengan jelas tertuduh menendang dan menikam suaminya.
"Menurut keterangan isteri mangsa, dia nampak tertuduh pukul mangsa guna tangan dan tiba-tiba dia nampak tertuduh tikam dada kiri mangsa guna pisau. Ketika kejadian jarak mangsa dengan isterinya kira-kira 10 kaki (3.05 meter).
Selepas ditikam mangsa berlari ke arah isterinya dan isteri mangsa yang tidak berpuas hati bertanyakan kepada tertuduh kenapa dia pukul suaminya dan tertuduh menjawab "Kau nak apa?" sebelum dia (tertuduh) beredar dari tempat kejadian," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Halim berkata pihaknya berpendapat isteri mangsa ialah saksi yang mempunyai kredibiliti dan tiada sebab untuk beliau meragui keterangan wanita itu.
Hakim itu juga berkata selain keterangan secara langsung oleh isteri mangsa, kes pendakwaan turut disokong oleh lambakan bukti mengikut keadaan daripada saksi-saksi pendakwaan yang lain.
"Justeru, hanya satu sahaja hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.
Sejurus keputusan dibacakan, anggota keluarga tertuduh dilihat menangis dan berpelukan dengan tertuduh yang bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang 'Datuk'.
Musa didakwa membunuh Kumaran, 31, di tepi jalan di Selayang Baru dekat sini, pada 2.30 pagi, 23 Dis 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Abdul Kadir Ismail.
Bernama
Fri Aug 21 2015
Tertuduh, Musa Yunus didapati bersalah membunuh seorang mekanik dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau, tiga tahun lepas.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Rayuan ditolak, hukuman penjara 9 bulan Wan Ji dipinda kepada setahun
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.
Ketua kongsi gelap ke tali gantung bunuh mekanik
Hakim menolak pembelaan tertuduh bahawa dia dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan berpendapat segala penafian tertuduh tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah.