Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu Datuk Mazlan Lazim bertekad mahu membersihkan segala bentuk kegiatan perjudian haram di ibu negara ini dalam tempoh 30 hari bermula Rabu.
Mazlan berkata tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.
"Bagi memastikan usaha ini berjaya, Polis KL telah menubuhkan pasukan khas yang akan diatur gerak bagi mengesan mereka yang terlibat dengan kegiatan perjudian haram ini.
"Pasukan ini dibekalkan dengan peralatan khas bagi mengesan mereka yang aktif dalam sindiket perjudian dalam talian terutama di lima kawasan iaitu Sentul, Cheras, Dang Wangi, Wangsa Maju serta Brickfields... saya yakin dengan peralatan khas ini mereka yang terlibat tidak akan dapat lari kerana setiap pergerakan mereka diawasi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik yang baharu ACP Zulkefly Yahya di sini, pada Khamis.
Zulkefly menggantikan SAC Mohd Nadzri Hussain yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Usaha itu kata Mazlan juga sejajar dengan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mahu memerangi judi dan jenayah bersindiket apabila memberi amaran untuk tidak teragak-agak menukarkan anggota polis termasuk ketua polis negeri yang cuba melindungi kegiatan judi.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata bagi tempoh 18 Okt hingga semalam, pihaknya telah melakukan 16 serbuan menerusi Ops Dadu yang menyaksikan 56 orang terdiri daripada penjaga premis judi, pembantu kedai, pemain dan penonton ditahan.
"Kita juga merampas beberapa peralatan elektronik yang digunakan sindiket antaranya ialah 44 set tablet, 32 set telefon dan empat komputer riba bersama wang tunai berjumlah RM8,178," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2017

Mazlan berkata tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.

51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.