Semua ketua sayap UMNO bertekad memberi komitmen terbaik dalam usaha mencapai kemenangan lebih besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Jelas mereka, ucapan perasmian perhimpunan sayap Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin membakar semangat untuk memastikan impian itu menjadi kenyataan.
Selain kemenangan besar pada PRU ke-14, mereka berjanji terus berjuang dan tidak mengulangi kesilapan yang boleh melemahkan parti.
Mereka mengulas gesaan Muhyiddin dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Sayap UMNO yang bertajuk "Menyambung Risalah Perjuangan Suci".
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perbezaan politik merupakan faktor utama berlakunya perpecahan ummah di Malaysia.
"Jika kita biarkan politik menghancurkan perpaduan terutama di kalangan umat Islam ia akan memudaratkan negara dan ini merupakan satu peringatan buat semua," kata Shahrizat semasa ditemui pihak media di PWTC.
Inti pati ucapan itu antara lain, menjurus kepada persediaan UMNO menghadapi PRU-14, perjuangan memajukan rakyat Malaysia, mempertahankan kesucian Islam dan meningkatkan perpaduan.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bertegas bahawa UMNO tidak akan berkompromi dengan mereka yang mempertikaikan kedudukan masyarakat Melayu dan 'menyerang' agama Islam.
"Komitmen daripada Timbalan Presiden jelas menyatakan pendirian parti terutama dalam memberi keyakinan kepada masyarakat Melayu, Bumiputera serta umat Islam. UMNO akan tetap berada di barisan hadapan untuk menjamin bahawa segala kebimbangan orang ramai akan dilindungi, diatasi dan ditewaskan," kata Khairy.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin menambah, tujuh teras yang di sebut Muhyiddin dalam ucapannya mendapat tempat di hari rakyat.
"Sebagai ahli UMNO, kita mestilah membantu masyarakat Melayu dimana kemiskinan masih wujud. Jika bukan kita hendak membantu, siapa lagi?" kata beliau.
Astro Awani
Wed Dec 04 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.