KUALA LUMPUR: Ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi.
Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
"Dalam operasi ini, beberapa siri serbuan telah dijalankan secara serentak di sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah melibatkan daerah Tawau dan Semporna.
"Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Ayob Khan berkata hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa.
"Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah, selain Filipina dan Indonesia," katanya.
Menurutnya, dadah berkenaan dibawa ke Sabah menggunakan keldai dadah melalui syarikat penerbangan komersial serta kiriman kargo laut dan disimpan di Sabah sebelum diagihkan kepada pengedar sindiket, sebelum diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina.
Ayob Khan berkata dalam operasi ini, polis tidak merampas sebarang dadah dan menyita aset kerana siasatan kes berkenaan masih berjalan.
"Selain itu, siasatan awal mendapati ahli sindiket ini memiliki pelbagai aset seperti kenderaan-kenderaan mewah, banglo dan 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, sektor pembuatan serta rangkaian restoran," katanya.
Ayob Khan berkata ketua sindiket turut dikesan memainkan peranan sebagai penaung Badan Bukan Kerajaan bagi melindungi aktiviti haram.
Menurutnya, suspek sama sebelum ini pernah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
"Sembilan lagi suspek antaranya berperanan sebagai pembantu peribadi, keldai dadah, penganggur dan transporter," katanya sambil menambah siasatan kes itu juga menjurus kepada usaha merampas hasil daripada kegiatan haram yang dimiliki oleh ahli-ahli sindiket.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Siasatan di bawah Sosma adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh," katanya.
Ayob Khan berkata siasatan juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Polis turut menyiasat penglibatan sindiket dalam aktiviti penyeludupan kontraban serta barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Ayob Khan bercakap pada sidang media khas di Bukit Aman, di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Syahir Omar

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Penaung NGO, ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' diberkas - Ayob Khan
Ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.

Bukit Aman pertingkat serbuan, buru ketua sindiket dadah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan operasi dan serbuan untuk memburu ketua-ketua sindiket dadah di negara ini.