Konsep Ketuanan Melayu atau kedudukan istimewa seharusnya tidak dibahaskan kerana semua bangsa selama ini sudah berkongsi kemakmuran bersama.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, paling penting adalah bagaimana membina hubungan serta pembinaan bangsa
"Jadi setiap bangsa mempunyai cabaran masing-masing, tetapi tentu sahaja kita percaya setiap bangsa diberi cabaran yang berbeza tetapi cabarannya adalah apa yang dapat kita lalui dengan lancar.
"Kita sekarang sudah berada dalam 63 tahun kemerdekaan. Saya rasa Malaysia sudah melakukan banyak perkara baik. Namun tentu ada yang masih tidak berpuas hati dengan penurunan integriti negara.
"Tetapi kita adalah bangsa dan teladan kepada dunia, bagaimana kita menguruskan masalah kita, kita juga tidak ada (konflik) dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya dalam forum 'Social Contract' And The Future Of Nation-Building In Malaysia, di sini pada Khamis.
Selain Dr. Shamrahayu, Professor Madya Program Sejarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Abd Rahman Tang Abdullah turut menjadi panel.
Sementara moderator forum itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS), Profesor Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.
Dalam pada itu katanya, pembangunan bangsa di landasan yang benar dan memberikan kebebasan kepada semua.
Ujarnya, setiap negara mempunyai masalah yang unik serta cabaran masing-masing walaupun ada yang berasal dari bangsa yang sama.
Wan Syamsul Amly
Thu Sep 17 2020
Dr Shamrahayu berkata, paling penting adalah bagaimana membina hubungan serta pembinaan bangsa. - Gambar Astro AWANI
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
NGO Malaysia sambut Hari Peringatan Genosid
Acara kemuncak GMD 2024 ialah ucaptama yang disampaikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, bertajuk "Never Again - Genocide in Gaza Repeating History".
Kes Afrika Selatan di ICJ tegaskan komitmennya terhadap keadilan
IAIS mengiktiraf komitmen bersejarah Afrika Selatan dalam memerangi rejim apartheid, membuat persamaan dengan perjuangan menentang ketidakadilan di Semenanjung Gaza dan Palestin secara keseluruhan.
IAIS Malaysia rayu 19 pemimpin agama dunia sokong gencatan senjata di Gaza
Kandungan surat-surat berkenaan meminta mereka menggunakan pengaruh masing-masing untuk mendesak keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ketuanan Melayu: Semua kaum sudah berkongsi kemakmuran bersama - Dr Shamrahayu
Konsep Ketuanan Melayu atau isu kedudukan istimewa seharusnya tidak dibahaskan kerana semua bangsa selama ini sudah berkongsi kemakmuran bersama.