Ringkasan AI
- Penghuni Pusat Koreksional Perlis yang meninggal dunia didapati mempunyai ketumbuhan dalam organ hatinya yang pecah dan menyebabkan pendarahan.
- Pakar patologi berpendapat ketumbuhan yang pecah mungkin disebabkan oleh jatuh, dan corak kecederaan tidak menunjukkan tanda penderaan.
- Sampel ketumbuhan dan DNA telah dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk laporan toksikologi lanjut.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pakar patologi berpendapat punca kematian lelaki berusia 23 tahun itu adalah disebabkan ketumbuhan yang pecah tersebut.
"Pakar patologi juga berpendapat ketumbuhan yang pecah itu juga tidak mustahil disebabkan lelaki ini jatuh manakala corak kecederaan yang terdapat pada tubuhnya tidak kelihatan seperti satu tindakan penderaan.
"Namun pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengenal pasti jenis ketumbuhan yang pecah tersebut.
"Sampel ketumbuhan dan DNA (asid deoksiribonukleik) lelaki ini telah dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang bagi mendapatkan laporan toksikologi," katanya dalam kenyataan.
Semalam, media melaporkan lelaki yang merupakan tahanan reman bagi kes dadah di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini selepas dipercayai terjatuh di bilik air pada 6 Mac lepas.
-- BERNAMA
