KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 meningkat 11.4 peratus kepada RM252.38 juta berbanding RM226.57 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.
Pendapatan pada tahun kewangan 2023 menokok kepada RM616.49 juta daripada RM603.25 juta.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata peningkatan keuntungan bersih itu disebabkan pertambahan 1.3 peratus dalam hasil operasi kepada RM592.8 juta daripada RM585.3 juta yang disaksikan semasa tahun kewangan 2022.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2023, Bursa Malaysia mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM59.55 juta berbanding RM49.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil naik kepada RM156.68 juta daripada RM145 .70 juta.
Bursa Malaysia telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 14.0 sen sesaham, berjumlah kira-kira RM113.3 juta, sebagai tambahan kepada dividen interim sebanyak 15.0 sen sesaham yang dibayar pada Ogos 2023.
"Ini menjadikan jumlah dividen kepada 29.0 sen sesaham, mewakili nisbah pembayaran sebanyak 93.0 peratus untuk tahun kewangan 2023," katanya.
Bursa Malaysia berkata pasaran sekuriti mencatatkan hasil dagangan sebanyak RM266.6 juta pada tahun kewangan 2023 berbanding RM263.5 juta pada tahun kewangan 2022, kenaikan 1.2 peratus, disebabkan nilai purata harian (ADV) yang lebih tinggi yang didagangkan untuk dagangan dalam pasaran ( OMT) dan perdagangan perniagaan langsung (DBT).
"Dalam pasaran derivatif, hasil dagangan turun 7.8 peratus kepada RM89.6 juta daripada RM97.2 juta pada tahun kewangan 2022 disebabkan oleh yuran pengurusan cagaran yang lebih rendah yang diperoleh dan kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) yang agak kurang didagangkan pada tahun kewangan 2023," katanya lagi.
Bagi Pasaran Islam, Bursa Malaysia berkata hasil dagangan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) melonjak 3.9 peratus kepada RM17.1 juta pada tahun kewangan 2023, naik daripada RM16.4 juta pada tahun kewangan 2022, manakala hasil bukan dagangan daripada data perniagaan menyaksikan pertambahan ketara kepada RM68.0 juta pada tahun kewangan 2023 berbanding RM60.8 juta sebelumnya.
"Ini disokong oleh perolehan dalam data pasaran sekuriti serta derivatif yang lebih tinggi hasil daripada semakan dalam yuran pada awal suku kedua 2023 serta angka pelanggan yang lebih tinggi pada tahun kewangan 2023," katanya.
Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pasaran sedang pesat membangun serta ekonomi membangun telah mengatasi ekonomi maju walaupun menghadapi prospek yang mencabar dan ekonomi Malaysia, khususnya, kekal berdaya tahan pada 2023, dengan unjuran kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) hampir 4.0 peratus.
"Dari segi prestasi pasaran modal, FBM KLCI muncul sebagai prestasi kedua terbaik Asean, dengan peningkatan sebanyak 5.7 peratus pada separuh kedua 2023 dan menutup tahun pada 1,454.7 mata, lantunan yang sihat daripada 1,376.7 mata yang dicatatkan semasa separuh pertama 2023," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata bursa itu telah mengumpul RM3.6 bilion daripada penyenaraian baharu pada tahun kewangan 2023 berbanding RM3.5 bilion sebelumnya, menjadikan permodalan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) kepada RM13.6 bilion, mengatasi jumlah tahun sebelum ini sebanyak RM11.2 bilion.
"Perkembangan ini menyerlahkan keupayaan pasaran untuk menyesuaikan diri serta berkembang maju, mengukuhkan peranan bursa sebagai platform berdaya maju bagi mengumpul dana dan keperluan pelaburan," katanya.
Muhamad Umar menambah aktiviti perdagangan akan terus dipengaruhi oleh perkembangan global serta tempatan yang berterusan, dan komitmen Bursa Malaysia adalah untuk memberi tumpuan kepada mempelbagaikan pengumpulan dana dan peluang perdagangan bagi pihak berkepentingan yang dihargai sebagai pertukaran pelbagai aset.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Pendapatan pada tahun kewangan 2023 menokok kepada RM616.49 juta daripada RM603.25 juta. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.