KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.
Pharmaniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatan meningkat 21 peratus kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lepas disebabkan pertumbuhan yang kukuh merentas konsesi kumpulan dan perniagaannya di Indonesia selepas aktiviti perniagaan disambung semula berikutan kes COVID-19 semakin berkurangan.
"Kumpulan itu mengukuhkan operasi perniagaannya di Indonesia dan akan merombak model perniagaan semasa cabang logistik dan pengedarannya, PT Millennium Pharmacon International Tbk dan meningkatkan portfolio produk cabang pembuatan, PT Errita Pharma.
"Menerusi rancangan perniagaan dan pemasaran strategik tersebut, kumpulan itu memberi tumpuan untuk menggandakan hasil bagi bahagian Indonesia," katanya.
Kumpulan itu berkata penyusunan semula perniagaannya di Indonesia untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui latihan pengoptimuman saham dan kutipan pembayaran yang agresif telah menghasilkan pemulihan yang pantas.
Di peringkat tempatan, kumpulan itu berkata ia sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian lanjutan kontrak logistik dan pengedaran dengan Kementerian Kesihatan yang dijadualkan siap menjelang suku ketiga 2022.
Pembangunan vaksin halal dan kemudahan insulin pertama di dunia kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk dikomersialkan menjelang 2025 dan ia akan memanfaatkan rekod prestasinya yang terbukti cemerlang dalam pengendalian dan pengedaran vaksin.
Ia juga komited untuk membawa pengalaman dan kepakarannya ke negara membangun yang lain.
Kumpulan itu optimistik bagaimanpun berhati-hati terhadap pertumbuhan perniagaannya pada masa hadapan kerana menyedari sentimen pasaran global akibat konflik Rusia-Ukraine yang berlanjutan dan tekanan inflasi yang meningkat serta gangguan rantaian bekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Pharmaniaga berkata pendapatan meningkat 21 peratus kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lepas disebabkan pertumbuhan yang kukuh merentas konsesi kumpulan. - Foto Pharmaniaga
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Pharmaniaga lantik EY sebagai juruaudit luar baharu
EY menggantikan PricewaterhouseCoopers (PwC), yang meletak jawatan susulan notis yang diserahkan pada 20 Sept 2024.
Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menyerahkan pelan penyusunan semula kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk syarikat itu dilepaskan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Kegagalan 104 ventilator: Tiada perjanjian bertulis KKM, PLSB - PAC
Ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17
Pharmaniaga gariskan pelan strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dibentangkan oleh status Nota Amalan 17 (PN17).
Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun
Ahmad Nazim berkata pendedahan besar pelaburan LTAT dalam Boustead menyebabkan dana persaraan itu sukar untuk menikmati pulangan dividen sebenar.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
Pharmaniaga berjaya pasang mesin pengisian pre-filled syringe pertama di Malaysia
Kilang vaksin itu sebahagian pelan pembangunan berterusan Pharmaniaga ke arah menjadi kilang pengeluaran vaksin Halal pertama di dunia.
Pharmaniaga dapat lanjutan enam bulan pembekalan ubat ke KKM
KKM turut mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhds dalam tempoh interim sebelum ini.
Pharmaniaga, Bionet meterai Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Vaksin Hexavalent Kanak-kanak
Pharmaniaga dan BioNet menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) bagi membangunkan vaksin kombinasi 6 dalam 1 (Vaksin Hexavalent) untuk kanak-kanak di Malaysia.