KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas berikutan penurunan keuntungan operasinya.
Perolehan hasil syarikat utiliti nasional itu bagaimanapun meningkat kepada RM13.32 bilion daripada RM12.84 bilion, didorong oleh peningkatan jualan tenaga elektrik, kata TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Keuntungan operasi TNB dalam suku kedua itu susut sebanyak 21 peratus tahun ke tahun berikutan mekanisme pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) lebih rendah dalam suku semasa sebanyak 33.8 peratus.
"Ini diimbangi oleh perbelanjaan operasi sebanyak RM28.8 bilion daripada RM30.15 bilion, susut sebanyak 4.4 peratus yang kebanyakannya disebabkan oleh kos penjanaan yang lebih rendah," katanya.
Selain itu, pendapatan asas sesaham (EPS) bagi suku kedua 2023 berkurangan kepada 5.70 sen daripada 15.23 sen bagi tempoh sama pada 2022.
Menurut TNB, bagi tempoh separuh pertama berakhir pada 30 Jun, 2023, keuntungan bersih berkurangan kepada RM1.33 bilion daripada RM1.77 bilion dalam tempoh sama 2022 manakala hasil meningkat kepada RM25.95 bilion daripada RM24.99 bilion, sebelum ini.
Asas EPS dalam separuh pertama 2023 turun kepada 23.11 sen berbanding 30.83 sen dalam separuh pertama 2022.
Menyentuh prospek, TNB berkata penyusutan harga arang batu global telah memberi kesan dari segi pengurangan tekanan terhadap kedudukan aliran tunai kumpulan tersebut.
Aspek itu selain kadar kutipan yang lebih kukuh, turut menyumbang kepada pergerakan akaun belum terima dan kedudukan modal kerja lebih mantap.
"Sejajar dengan ekonomi secara menyeluruh yang diunjur berkembang lebih menyederhana dalam julat 4.0-5.0 peratus, kumpulan menjangkakan prestasi lebih munasabah bagi 2023 dan akan terus berhati-hati terhadap pendedahan pendapatan membabitkan harga bahan api serta mata wang yang tidak menentu.
"(Berikutan itu) kumpulan akan terus melaksanakan langkah berhemat dalam pengurusan keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikan TNB terus berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Keuntungan operasi TNB dalam suku kedua itu susut sebanyak 21 peratus tahun ke tahun berikutan mekanisme ICPT lebih rendah dalam suku semasa sebanyak 33.8 peratus. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.