LABUAN: Kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan kewangan dan operasi yang baik akan diberi keutamaan untuk kontrak-kontrak kerajaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Katanya ia penting kerana kontraktor tempatan lebih mahir dan memahami selok belok mengenai pembekalan bahan pembinaan serta harga.
Beliau memberi contoh projek-projek di pulau Labuan membabitkan bahan pembinaan yang perlu dibawa dari tanah besar Sabah.
"Apabila bahan penting tidak tersedia di pulau itu, kontraktor terpaksa mendapatkannya dari pelbagai tempat di Sabah, sekali gus meningkatkan kos. Akibatnya, perbelanjaan projek di Labuan dilaporkan 30 peratus lebih tinggi berbanding negeri lain.
"Dengan memberikan keutamaan kepada kontraktor tempatan yang mempunyai keupayaan dari segi operasi dan kewangan yang stabil di samping rekod prestasi baik, kita bukan sahaja menyokong kelestarian mereka, malah turut menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Projek Menaik Taraf Ruang Sedia Ada kepada Farmasi Steril di Hospital Labuan hari ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah yang senada dengan saranan itu, turut mengetengahkan beberapa cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan projek-projek kerajaan di Labuan.
"Jumlah projek-projek di Labuan agak kecil disebabkan cabaran-cabaran ini, dan tempoh penyiapannya sering terlewat daripada jadual," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa beberapa projek telah diberi pertimbangan untuk lanjutan tempoh penyediaan disebabkan oleh pelbagai halangan dalam mendapatkan bahan-bahan binaan seperti peralatan konkrit dan simen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan sempena lawatan kerja beliau di JKR Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. - Foto Bernama

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Keutamaan kepada kontraktor tempatan dalam kontrak kerajaan - Ahmad Maslan
Kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan kewangan dan operasi yang baik akan diberi keutamaan untuk kontrak-kontrak kerajaan.