PUTRAJAYA: Penjelajah solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid hari ini memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif kardionya untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition pada Februari tahun depan.
Ice Storm Russia Expedition 2025 adalah projek pertama rakyat Malaysia berkayuh dalam suhu -50 darjah Celcius sejauh 655 kilometer di dataran ais tasik air tawar terbesar dunia di sempadan Mongolia dan Rusia di Irkutsk, Rusia.
Khairil Aslan, 50, berkata, kayuhan mengelilingi jalur penuh Semenanjung Malaysia sepanjang 2,250 kilometer menggunakan 'Fatbike' dengan barangan kira-kira 80 kilogram itu dijangka mengambil masa antara 35 hingga 40 hari.
"Ekspedisi saya adalah latihan saya... bulan Februari lepas, saya jadi orang pertama lalui tempat baharu di utara India, saya hadapi suhu -35 darjah Celcius, tempat di mana satu glasier baru habis, yang mengambil masa selama 25 hari.
"Itu juga latihan untuk Irkutsk kerana suhunya -50 darjah Celsius... saya pernah lalui suhu -45 darjah Celsius semasa pendakian di tiga puncak Himalaya 2016," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Flag-Off kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia bagi latihan pertama Ice Storm Russia Expedition 2025 oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim di sini hari ini.
Anak kelahiran Batu Kurau, Perak itu berkata, beliau memilih melakukan kayuhan kali ini kerana cuaca di Semenanjung Malaysia ketika ini agak panas dan ia membantu latihan kardionya bagi menjayakan Ice Storm Russia Expedition 2025.
"Cabaran kayuhan solo mungkin di kawasan sebelah Jeli iaitu pendakian panjang puncak Titiwangsa dan mungkin keadaan cuaca di Alor Star, Kedah menuju ke Perlis," katanya.
Sementara itu, Adam Adli berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada Khairil Aslan bagi menjayakan Ice Storm Russia Expedition 2025.
"Kita akan tingkatkan kerjasama dengan banyak pihak untuk dapatkan lebih banyak tajaan bukan sahaja dari kerajaan, tetapi swasta dan korporat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli melepaskan penjelajah solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid bagi mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk Latihan Pertama Ice Storm Rusia Expedition 2025 hari ini. - Foto Bernama
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
Khairil Aslan mulakan kayuhan solo, latihan untuk tawan dataran ais Irkutsk, Rusia
Khairil Aslan memulakan kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sebagai latihan intensif untuk menjayakan Ice Storm Russia Expedition.