Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, hari ini kekal bebas daripada tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, tiga tahun lalu.
Ini berikutan pihak pendakwaan selaku perayu, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 12 Mei 2017 yang melepas dan membebaskan Khairuddin, 56, dan Chang, 68, daripada pertuduhan berkenaan.
“Pihak pendakwaan menerima arahan supaya rayuan ke atas kedua-dua responden ditarik balik,” kata Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.
Azman kemudiannya membatalkan rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan perintah lepas bebas terhadap kedua-dua responden yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Pada 12 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Wan Mohd Norisham Wan Yaakob melepas dan membebaskan Khairuddin dan Chang selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya tidak mahu meneruskan kes itu.
Pihak pendakwaan memohon supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu bagaimanapun peguam yang mewakili Khairuddin dan Chang memohon supaya kedua-dua anak guam mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
Ini kerana jika mereka dilepas tanpa dibebaskan, pihak pendakwaan boleh menuduh mereka semula atas pertuduhan itu pada bila-bila masa.
Perkara itu dimaklumkan semasa kes tersebut ditetapkan untuk perbicaraan pada hari pertama. Oleh itu perbicaraan kes itu tidak berjalan.
Pada 12 Okt 2015, Khairuddin dan Chang didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015 mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Lokasi berkenaan ialah di pejabat ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis Wai Chan, Hongkong; dan Ibu pejabat Polis Cantonment, Singapura.
Kedua-dua tertuduh telah memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi memohon beberapa perintah antaranya pertuduhan yang dihadapi mereka tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Pada 18 Nov 2015, Mahkamah Tinggi memutuskan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan tidak tertakluk di bawah Sosma dan memerintahkan kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Tinggi itu juga membenarkan Khairuddin dan Chang diikat jamin RM10,000 seorang dengan seorang penjamin. Di bawah prosedur Sosma, seseorang tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin sementara selesai perbicaraan.
— BERNAMA
Bernama
Mon Aug 27 2018

GAMBAR FAIL: Pada 18 Nov 2015, Mahkamah Tinggi memutuskan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan tidak tertakluk di bawah Sosma dan memerintahkan kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen. - Astro AWANI

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Bekas Naib Ketua UMNO Shah Alam meninggal dunia
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Ibrahim Kasim meninggal dunia malam tadi kerana sakit tua.

Khairuddin, Chang kekal bebas setelah pendakwaan tarik balik rayuan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, hari ini kekal bebas daripada tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, tiga tahun lalu.