KUALA LUMPUR: Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Quay Chew Soon membenarkan saman Khairuddin terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan enam individu lain berhubung penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Saya membenarkan tuntutan plaintif bagi tahanan menyalahi undang-undang dan memberikan ganti rugi sebanyak RM300,000. Tetapi saya menolak tuntutan plaintif untuk pendakwaan berniat jahat," kata Quay ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding secara dalam talian hari ini.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Khairuddin, selaku plaintif manakala Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi mewakili lapan defendan.
Selain Khalid dan Mohamed Apandi, enam individu yang dinamakan sebagai defendan ialah ASP Wan Aeidil Wan Abdullah dan ASP C. Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kerajaan Malaysia.
Dalam saman yang difailkan pada Mei 2018, Khairuddin mendakwa beliau telah ditahan pihak berkuasa pada 18 Sept 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Pada 23 Sept tahun sama selepas dibebaskan, plaintif ditahan semula mengikut SOSMA dan telah berada dalam tahanan sebelum dituduh di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 124L akta sama atas dakwaan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.
Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000 kepada Khairuddin.
Quay dalam penghakimannya berkata defendan telah menyalahi undang-undang menangkap dan menahan plaintif di bawah SOSMA.
Bagi tangkapan pertama selama enam hari dari 18 Sept hingga 23 Sept 2015, di bawah Seksyen 124C, defendan berhujah bahawa adanya laporan polis pengadu dengan sendirinya adalah bukti yang mencukupi bahawa keperluan tangkapan telah dipenuhi, yang disangkal oleh hakim.
"Untuk menentukan sama ada penahanan adalah wajar bergantung sama ada defendan mempunyai 'maklumat yang boleh dipercayai' atau 'syak wasangka yang munasabah' untuk melakukan penangkapan pada setiap masa yang perlu.
"Berdasarkan laporan polis pengadu, saya tidak melihat apa-apa bahan yang mewajarkan penangkapan terhadap Khairuddin atas kesalahan di bawah Seksyen 124C, iaitu berkaitan 'aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen' atau melakukan apa-apa tindakan," kata hakim itu.
Hakim Quay berkata ia berikutan tindakan defendan dalam memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap plaintif mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Bagi tangkapan kedua selama 56 hari di bawah Seksyen 124K atau 124L Kanun Keseksaan, hakim mendapati defendan telah menangkap dan menahan Khairuddin di bawah SOSMA secara tidak sah apabila plaintif tidak disiasat di bawah kesalahan yang termasuk dalam akta tersebut.
"Saksi defendan sepanjang perbicaraan gagal memberi justifikasi sebab mengapa Khairuddin perlu ditangkap dan direman di bawah SOSMA. Saksi defendan gagal memberi keterangan di mahkamah sebab plaintif perlu disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 124K atau 124L," katanya.
Mengenai tuntutan plaintif bagi pendakwaan berniat jahat, hakim memutuskan Khairuddin gagal untuk membuktikan secara imbangan kebarangkalian, niat jahat di pihak defendan.
Menurut plaintif, pendakwaan terhadapnya dilakukan semata-mata kerana beliau bersubahat untuk menyokong dan menyediakan penipuan palsu terhadap Najib yang merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika itu. Dan pendakwaan terhadapnya adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan Najib.
"Plaintif tidak menunjukkan bahawa tujuan pendakwaan terhadapnya adalah untuk menutup aktiviti Najib, lebih-lebih lagi Najib bukanlah satu daripada pihak dalam saman itu," katanya.
Quay berkata secara keseluruhan, keterangan yang dikemukakan oleh plaintif tidak membuktikan niat jahat di pihak defendan.
"Saya menerima bahawa defendan tidak mempunyai sebab yang munasabah dan kemungkinan penyebab.
"Saya percaya defendan tidak mempunyai niat jahat atau motif selain membawa pesalah ke muka pengadilan dan membantu dalam penguatkuasaan undang-undang. Oleh itu, saya menolak tuntutan plaintif berkenaan pendakwaan terhadapnya dilakukan dengan niat jahat," tambahnya.
Sementara itu, Khairuddin dalam kenyataan media berkata beliau bersyukur dan amat gembira dengan keputusan mahkamah hari ini yang berpihak kepadanya.
"Kebenaran telah timbul untuk membuktikan perjuangan saya membuat laporan-laporan kes skandal 1MDB di Singapura, Hong Kong, Perancis, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat terbukti mempunyai asas kebenarannya," katanya dan menambah akan memfailkan rayuan berhubung jumlah ganti rugi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
![Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000 Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654174202_KHAIRUDDINABU.jpg)
Dalam saman yang difailkan pada Mei 2018, Khairuddin mendakwa beliau telah ditahan pihak berkuasa pada 18 Sept 2015 mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719291370_KHAIRUDDINABU.jpg)
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.
![Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668877048_TunDrMahathir.jpg)
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
![Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654174202_KHAIRUDDINABU.jpg)
Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.
![Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000 Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654174202_KHAIRUDDINABU.jpg)
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
![Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655382699_TBCURITANAH.jpg)
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
![Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649339921_KHAIRUDDINABU.jpg)
Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.
![Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629643222_TunDrMahathir.jpg)
Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.
![Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603642033_950x600.jpg)
Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.
![Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604240041_partiPEJUANG.jpg)
Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
![Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619628704_KHAIRUDDINABUHASSA.jpg)
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.