Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berkata beliau gagal beraksi dengan baik pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 yang berakhir hari ini kerana masih gagal mengembalikan semula prestasi terbaiknya.
Bercakap kepada Bernama, Khairul Hafiz, yang dikenali sebagai 'Speedy Jantan', mengakui beliau sedang bergelut untuk kembali menemukan rentak terbaiknya dalam acara 100m dan 200m, sejak mengalami kecederaan otot paha pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos, tahun lepas.
"Buat masa ini kondisi badan saya tidak begitu selesa untuk berlari mungkin disebabkan kecergasan otot saya masih di tahap lemah. Sejak pulih daripada kecederaan, saya berusaha keras untuk mencapai tahap terbaik tetapi mungkin disebabkan beberapa kekangan, apa yang saya inginkan tidak tercapai.
"Sepanjang sembilan bulan lepas saya mengharungi beberapa situasi yang ada kalanya mengganggu emosi saya. Antaranya, saat berlatih tanpa jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru, tetapi semua itu menjadikan saya seorang atlet yang lebih matang," katanya.
Semalam, pemenang pingat emas temasya KL2017 berusia 20 tahun itu menamatkan saingan 100m di tempat kelima dengan catatan 10.64 saat (s) dan merekodkan masa 21.27s untuk meraih pingat gangsa acara 200m di Stadium Nasional Bukit Jali di sini, hari ini.
Catatan atlet kelahiran Melaka dalam kedua-dua acara itu jauh tersasar daripada rekod 100m kebangsaan miliknya 10.18s yang dicatatkan di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016 selain rekod 200mr kebangsaan 20.90s di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.
Catatan masa terbaik Khairul Hafiz acara 100m tahun ini adalah 10.34s yang dicatat pada Kejohanan Olahraga All Comers FTKLAA/MILO 2018, namun gagal meneruskan kecemerlangannya itu pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan lepas apabila merekodkan catatan 10.50s untuk menduduki tempat keempat dalam saringan pusingan pertama.
Berikutan prestasi hambarnya itu, beliau berkata sesetengah pihak tanpa menghiraukan perasaannya lantang mengkritik serta membuat pelbagai andaian yang tidak tepat.
"Orang ramai mengharapkan lebih daripada saya mungkin disebabkan saya ini pemegang rekod kebangsaan tetapi mungkin mereka lupa saya baru berusia 20 tahun, perjalanan saya masih panjang dan bila terlalu banyak tekanan ia akan lagi memberi kesan negatif kepada saya.
"Ada yang mendakwa saya sudah lupa diri dan leka hanya kerana saya kalah atau tidak menepati sasaran. Ada juga yang berkata faktor wanita mempengaruhi prestasi saya. Orang melihat saya sebagai pelari terpantas negara tanpa menyedari kalah dan menang itu adat dalam sukan," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak berkecil hati sebaliknya berterima kasih kepada pihak yang mengkritiknya dan mahu mengambil kritikan tersebut secara positif dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus gigih berusaha mencipta kejayaan di masa hadapan.
"Bagi orang yang berkata-kata, saya rasa mereka patut tahu apa yang sedang dilalui seseorang atlet itu. Bukan kita nak kalah tetapi mungkin keadaan belum mengizinkan. Saya akan ambil segala kritikan itu dengan hati terbuka dan akan terus gigih berlatih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 13 2018
KHAIRUL HAFIZ: Buat masa ini kondisi badan saya tidak begitu selesa untuk berlari.
Israel serbu tebing barat, penduduk tinggalkan kediaman
Israel meneruskan operasi di Tebing Barat yang memaksa penduduk berpindah dari kediaman beberapa hari selepas gencatan senjata dengan Hamas dikuatkuasakan.
Penduduk Gaza pulang, kediaman musnah, barbau mayat reput
Penduduk Palestin yang pulang ke kediaman di Gaza disambut suasana suram dengan runtuhan bangunan, kediaman musnah dan bau mayat mereput.
Anwar tiada masalah dengan himpunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang bakal berlangsung di ibu negara pada Sabtu.
Namun, Anwar berkata, beliau hairan tentang jika himpunan tersebut menyasarkan era pentadbiran yang beliau baharu pimpin selama dua tahun, sedangkan banyak kes-kes berprofil berlaku pada era sebelumnya.
Namun, Anwar berkata, beliau hairan tentang jika himpunan tersebut menyasarkan era pentadbiran yang beliau baharu pimpin selama dua tahun, sedangkan banyak kes-kes berprofil berlaku pada era sebelumnya.
Dunia tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman
Di sebalik ketidaktentuan global, ada keperluan mendesak untuk Malaysia memperkukuhkan kekuatan dalaman, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, ketrampilan, serta kecerdasan buatan (AI), jika tidak mahu negara terus ketinggalan.
ketidaktentuan global, anwar ibrahim, perdana menteri, rakyat Malaysia
Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, ketrampilan, serta kecerdasan buatan (AI), jika tidak mahu negara terus ketinggalan.
ketidaktentuan global, anwar ibrahim, perdana menteri, rakyat Malaysia
Kabinet setuju pengurangan tol 50 peratus - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bagi semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) pada 27 dan 28 Jan ini.
Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Warga emas didenda cederakan kakitangan Puspakom
Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan kakitangan Puspakom minggu lalu.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
Khairul Hafiz masih bergelut untuk pulihkan prestasi
Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berkata gagal beraksi dengan baik pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 yang berakhir hari ini.