MELAKA: Pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan kini mahu memberi tumpuan dan meningkatkan prestasi seterusnya layak beraksi pada saingan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September ini selepas pulih sepenuhnya daripada dibelenggu kecederaan berpanjangan.
Pelari berusia 24 tahun dan diberi gelaran "Speedy Jantan" itu tekad untuk memperbaiki catatan masa dalam acara 100 meter (m) dan 4x100m pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, bulan depan.
"Perancangan kita untuk fokus pada kejohanan itu kerana untuk layak sekarang ini perlu dapat mata terbaik, selain kuartet yang meraih gangsa pada Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini juga akan disertai Muhd Azeem Fahmi yang dijangka pulang dari Amerika Syarikat untuk bantu pasukan negara.
"Kemungkinan beliau (Azeem) akan diberi tugas pelari terakhir dan saya sebagai pelari pertama dalam kuartet itu tetapi kita akan lihat nanti perancangan jurulatih, namun yang penting bagi kami ialah memperbaiki catatan masa 39.36 saat (s) ketika Sukan SEA baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif kepada Atlet Melaka bagi pemenang pingat Sukan SEA ke-32 Kemboja, Sukan Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Majlis Sukan Negara (MSN) 2022, atlet Deaflympics 2022 Brazil dan Jurulatih SUKMA ke-20 MSN 2022 di Ayer Keroh di sini pada Ahad.
Kuartet 4x100m lelaki negara yang diwakili Khairul Hafiz bersama rakannya Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi meraih pingat gangsa pada temasya itu.
Mengulas lanjut, Khairul Hafiz yang pernah mencipta kegemilangan merangkul pingat emas dan dinobatkan sebagai raja pecut Asia Tenggara dalam acara 100m lelaki ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur itu menyifatkan usianya kini masih muda selain belum terlambat untuk beliau mengejar dan berusaha mengembalikan semula prestasi terbaiknya.
Katanya yang kini baharu setahun lebih di bawah kendalian jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, peluang beraksi pada Sukan SEA 2023 seolah-olah memberi nafas baharu baginya untuk kembali beraksi dalam acara 100m selain mencatat masa 10.36s dalam saringan.
"Alhamdulillah kini saya kembali setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan menumpukan sepenuh perhatian dengan latihan yang sebelum ini juga banyak terjejas ketika pandemik melanda.
"Dalam masa setahun ini saya perlu cuba tingkatkan prestasi jika ada rezeki dan boleh mengejar masa terbaik untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris dan dapat balik catatan masa di bawah 10.10 saat atau 10.20 saat kerana untuk pergi ke Olimpik kita perlu dapatkan mata bukan sekadar laju," katanya.
Rekod terbaik Khairul Hafiz yang pernah dimilikinya ialah menerusi catatan 10.18s ketika memecahkan rekod kebangsaan pada SUKMA Sarawak 2016.
Catatan masa itu berjaya mengatasi rekod 18 tahun yang dipegang bekas pelari pecut negara Watson Nyambek.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023

Rekod terbaik Khairul Hafiz yang pernah dimilikinya ialah menerusi catatan 10.18s ketika memecahkan rekod kebangsaan pada SUKMA Sarawak 2016. - Gambar fail/Astro ARENA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.

MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.

MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.