PORT DICKSON: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan menjelaskan secara terperinci berkenaan persoalan dibangkitkan beberapa pihak mengenai pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, di Dewan Negara, Khamis ini.
Khairy berkata, beliau telah memohon kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim untuk membenarkan satu usul dibahas pada Khamis ini memandangkan isu melibatkan data peribadi adalah perkara penting.
"Saya akan jawab semua soalan di Dewan Negara, tiada isu bagi saya. Tidak ada apa-apa disembunyikan.
"Mereka yang tidak tahu tentang benda ni mungkin tidak baca sepenuhnya dan terus bangkitkan isu yang sama. Saya faham ini isu penting melibatkan data peribadi dan sebagainya lebih baik saya jawab dalam Dewan Negara," katanya kepada pemberita di Hospital Port Dickson di sini hari ini.
Khairy sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa pelantikan KPISoft Malaysia Sdn Bhd (syarikat pembangun aplikasi MySejahtera) dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2020.
Beliau difahamkan beberapa syarikat telah dijemput untuk membuat pembentangan dan MKN memilih syarikat tersebut yang kini dijenamakan sebagai Entomo Malaysia Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai KPISoft Malaysia Sdn Bhd).
Katanya, Entomo kemudian telah memberi lesen kepada syarikat MySejahtera ataupun MySJ Sdn Bhd.
"Jadi kita berunding dengan syarikat yang sudah beri perkhidmatan sejak awal lagi dan ia masih dalam proses rundingan untuk sambungan, sebab mereka telah bangunkan platform tersebut.
"Soal pelantikan asalnya dibuat oleh MKN, sekarang ini saya dalam proses untuk membawa perkara ini dijadikan sebagai kontrak rasmi, itu yang saya sedang buat," katanya.
Media hari ini melaporkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta kerajaan menjelaskan dakwaan penglibatan MySJ Sdn Bhd dalam pengambilalihan aplikasi MySejahtera.
Mohamad berkata, walaupun MySejahtera adalah aplikasi yang membantu dan bermanfaat, dakwaan pelantikan entiti persendirian, MySJ sebagai syarikat yang akan menguruskan aplikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Antara perkara dibangkitkan adalah mengenai pelantikan MySJ melalui mekanisme rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.
Dalam pada itu, Khairy berkata, kerajaan masih mengekalkan penggunaan MySejahtera dalam tempoh masa sebulan dua ini.
"Bila keadaan sudah bertambah stabil mungkin waktu itu adalah sesuai untuk kita hentikan penggunaan MySejahtera.
"Macam (Tok Mat) Datuk Seri Mohamad Hasan kata kita dah jadi diawasi, itu tidak betul. Kita gunakan dulu MySejahtera bertujuan kesihatan orang awam. KKM tahu bila perlu menghentikan penggunaan aplikasi itu," katanya.
Dalam lawatannya hari ini, Khairy berkata, kos diperlukan bagi menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Port Dickson melibatkan RM23 juta manakala kos untuk blok pakar di hospital berkenaan berjumlah RM160 juta.
Katanya, Hospital Jelebu juga perlu dinaik taraf namun belum ada peruntukan setakat ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Kata Khairy, beliau akan menjawab semua soalan di Dewan Negara dan tiada ada apa-apa yang akan disembunyikan. - Gambar fail
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.
Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.
Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.