PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yakin Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan selepas dimuktamadkan beberapa pindaan, akan menerima sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.
Beliau berkata rang undang-undang itu masih dalam semakan dan penelitian Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen dan setakat ini, perbincangan berjalan lancar yang mana ahli-ahli jawatankuasa sedang meneliti pindaan-pindaan yang dicadangkan.
"Secara dasarnya majoriti daripada Ahli Parlimen bersetuju dengan rang undang-undang itu. Malah, dalam surat yang ditulis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, juga sebut bahawa secara keseluruhannya Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan menyokong rang undang-undang ini.
Cuma mereka minta dibuat beberapa pindaan supaya diperjelaskan kuasa penguat kuasa, diperjelaskan soal denda dan sebagainya. Saya percaya kebanyakan daripada isu ini sudah diselesaikan dalam JPK," katanya kepada pemberita semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan.
Pada 2 Ogos lepas, Dewan Rakyat bersetuju Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.
Rang undang-undang itu yang antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau "vape" kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan seterusnya, disifatkan mengehadkan kebebasan memilih oleh beberapa Ahli Parlimen selepas ia dibentangkan pada Julai lepas.
Ia juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.
Khairy berkata JPK sudah tiga kali bermesyuarat dan beliau akan membawa RUU yang sudah diperkemaskan itu kepada mesyuarat JPK minggu hadapan untuk dipersetujui.
Dalam pada itu, Khairy berkata rang undang-undang itu digubal bagi membolehkan kawalan terhadap semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik dan beliau melihat ia sangat penting untuk diluluskan memandangkan masalah penggunaan rokok elektronik telah menjadi semakin berleluasa dalam kalangan kanak-kanak.
Ditanya bagaimana Kementerian Kesihatan (KKM) menangani kepentingan antara rakyat dan pihak industri mengenai kepentingan rang undang-undang itu, Khairy berkata KKM telah memberi penjelasan kepada badan profesional serta badan bukan kerajaan melalui beberapa siri libat urus tentang mengapa rokok elektronik perlu dikawal penjualannya sebagai produk tembakau dan tidak dibuat larangan penuh sebagaimana dilaksanakan di Thailand, Brunei dan Singapura.
"Larangan penjualan ini telah dimaklumkan kepada pihak industri dan pihak berkepentingan taruh yang terlibat menerusi beberapa siri libat urus yang telah dijalankan. Apa yang jelas, perniagaan mereka tidak terjejas kerana mereka masih boleh menjalankan urus niaga dengan kawalan di bawah rang undang-undang ini kepada golongan selain daripada yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya," katanya.
Di JOHOR BAHRU, Khairy berkata pindaan yang dibuat itu adalah sangat munasabah dan dapat memperkuatkan lagi penerimaan Ahli-ahli Parlimen tentang rang undang-undang berkenaan.
"Akta itu dimurnikan, ada sedikit sebanyak pindaan yang telah dibuat supaya diperjelaskan kuasa penguat kuasa dan diperjelaskan tentang hukuman, denda dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejururawatan Bersama Malaysia-Singapura Ke-25 hari ini.
JPK itu dianggotai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang bagi memperincikan beberapa pindaan.
Ia dianggotai Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).
Ia turut dianggotai Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni; Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching); R Sivarasa (Sungai Buloh); Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor); Datuk Seri Madius Tangau (Tuaran); Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Jerlun).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Khairy berkata JPK sudah tiga kali bermesyuarat dan beliau akan membawa RUU yang sudah diperkemaskan itu kepada mesyuarat JPK minggu hadapan untuk dipersetujui. - Foto BERNAMA
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: TVET semakin berkembang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanada kenakan tarif balas ke atas AS
Kanada akan bertindak balas terhadap tarif baharu Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif 25% ke atas barangan AS, termasuk minuman dan peralatan elektrik, kata Perdana Menteri Justin Trudeau pada Sabtu.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
Hamas bebas tiga lagi tahanan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tahanan Israel, dalam pembebasan keempat sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu.
AKPS diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah kerana kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 5 Februari di tujuh kawasan di Sarawak.
Situasi terkini banjir di Sabah
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu selepas satu PPS ditutup semalam.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Khairy yakin RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen
Perbincangan berjalan lancar yang mana ahli-ahli jawatankuasa sedang meneliti pindaan-pindaan yang dicadangkan.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok elak golongan muda jadi mangsa kesan berbahaya rokok
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok melarang penggunaan alat merokok oleh mana-mana individu yang dilahirkan dari tahun 2007 dan seterusnya bertujuan untuk melindungi golongan orang muda