KUALA LUMPUR: Khalid Assari yang merupakan ahli komuniti perniagaan yang disegani di Maghribi dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia di Casablanca.
Kedutaan Malaysia di Maghribi memaklumkan bahawa Assari mempunyai pengetahuan luas tentang rantau ini, dan kepakarannya tidak ternilai dalam memberi bantuan dan sokongan kepada syarikat Malaysia yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Casablanca dan kawasan lain di Maghribi.
"Atas kapasitinya sebagai Konsul Kehormat, Assari juga akan menyediakan khidmat penerangan kepada warga Maghribi mengenai Malaysia.
"Beliau antara lain, akan berusaha mempromosikan hubungan budaya dan ekonomi antara Malaysia dan Maghribi, membina hubungan sejarah dan budaya yang kukuh antara kedua-dua negara," menurut kedutaan itu dalam satu kenyataan yang disediakan kepada Bernama.
Konsulat Kehormat Malaysia di Casablanca merupakan langkah penting dalam mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Maghribi, sambil menambah bahawa ia akan menyediakan persekitaran penting antara kedua-dua negara, mempromosikan perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya, menurut kedutaan.
"Malaysia amat berminat untuk bergerak maju ke hadapan dalam kerjasama ekonomi dengan Maghribi kerana terdapat potensi besar bagi kedua-dua pihak untuk mendapat manfaat bersama daripada peluang perdagangan dan pelaburan," menurut kenyataan itu.
Malaysia dan Maghribi mula menjalin hubungan diplomatik pada 1963, manakala Kedutaan Malaysia di ibu negara Rabat ditubuhkan pada 1966.
Kedua-dua negara mempunyai sejarah kerjasama yang panjang dan telah memuktamadkan beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman, meliputi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pelancongan.
Perdagangan antara Malaysia dan Maghribi telah berkembang dengan mantap sejak beberapa tahun kebelakangan ini, meskipun terdapat ruang untuk diperbaiki.
Eksport utama Malaysia ke Maghribi termasuk peralatan elektrik dan elektronik, produk getah dan minyak sawit.
Sementara itu, eksport utama Maghribi ke Malaysia termasuk fosfat, baja dan tekstil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

Assari (foto) mempunyai pengetahuan luas tentang rantau ini, dan kepakarannya tidak ternilai dalam memberi bantuan dan sokongan kepada syarikat Malaysia yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Casablanca dan kawasan lain di Maghribi. -Twitter

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Ponteng puasa: Terengganu pantau kedai serbaneka, restoran bukan Islam
Kerajaan negeri akan menjalankan pemantauan termasuk di kedai serbaneka dan restoran bukan Islam sepanjang Ramadan ini bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff mencadangkan kadar dan kaedah pembayaran elaun ahli Lembaga Pengarah syarikat subsidiari kerajaan dikaji semula. Manakala, Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin cadangkan Indeks Prestasi Utama (KPI) syarikat-syarikat berkenaan ditetapkan dengan mengambil kira aspek manusiawi. #AgendaAWANI

Khalid Assari dilantik Konsul Kehormat Malaysia di Casablanca
Kepakaran Khalid Assari tidak ternilai dalam memberi bantuan dan sokongan kepada syarikat Malaysia yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Casablanca dan kawasan lain di Maghribi.