Isu khat sekarang ini betul-betul membuktikan bahawa mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.
Contohnya isu kaligrafi atau tulisan yang dirancang diperkenal sebagai satu daripada penyumbang kecil kepada perpaduan kaum, ia bagaimanapun berjaya dimanipulasi oleh pelbagai pihak dan akhirnya berubah secara drastik kepada isu perkauman hangat.
Sebagai negara berbilang kaum yang pada tahun ini menyambut 62 tahun kemerdekaan, ke arah mana rakyat Malaysia sebenarnya mahu bersatu padu dan membangunkan negara bersama?
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr P. Sivamurugan berkata perbezaan antara kaum harus diraikan dan bukan dijadikan titik menzahirkan ketidaksefahaman.
Ikon Patriotik Hari Kebangsaan 2016 itu berkata perbezaan itu harus dianggap sebagai aset, bukannya liabiliti dan dalam isu seperti ini perlu ada faktor korban dan kompromi tanpa perlu mengira siapa yang perlu berkorban dan berkompromi.
"Saya fikir jika rakyat Malaysia kesemuanya mampu tingkatkan tiga nilai - faham, hormat dan saling terima - saya percaya isu seperti Dong Zong, khat, insiden jalan raya di Bangi Sabtu lalu yang dijadikan isu perkauman dan sebagainya tidak akan wujud.
"Kita harus boleh bezakan nilai kemanusiaan dan nilai politik kerana jika semua isu dipolitikkan maka penghujungnya adalah ketegangan sesama kaum yang kita harus hadapi," kata Sivamurugan.
Sebelum ini Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk 'Islamisasi'.
Sebagai respons, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam melabelkan pertubuhan itu sebagai 'rasis' kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.
Sebagai tindak balas kepada tindakan Dong Zong, antara lain Pemuda (Armada) Bersatu dan Gerakan Pengundi Sedar melancarkan petisyen atas talian menggesa pengharaman Dong Zong yang masing-masing sehingga 3 petang semalam mendapat lebih 30,000 dan 87,000 sokongan.
Isu khat menjadi kontroversi dan mendapat pelbagai reaksi terutama di media sosial yang jelas menunjukkan syak wasangka antara kaum masih wujud di negara ini.
Menteri Pendidikan Maszlee Malek sebelum ini dilapor menafikan kerajaan cuba memperkenalkan pendekatan Islamisasi dan menyifatkan pembelajaran Jawi sebagai usaha menghargai warisan tulisan lama bahasa Melayu.
Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tidak menafikan setiap episod yang berlaku berkaitan isu khat ini adalah tidak baik kepada perpaduan negara yang sekarang ini pun tidak berada dalam keadaan utuh.
Isu khat ini, kata beliau, sepatutnya sudah selesai selepas keputusan kerajaan memendekkan pendidikan khat daripada enam kepada tiga halaman, selain memberi pilihan waktu pembelajarannya namun Dong Zong tetap mahu meneruskan bantahannya melalui petisyen yang sedang diusahakannya.
"Sekolah vernakular di negara ini perlu ikut mendukung elemen negara dalam kadar yang munasabah iaitu dengan turut menjayakan aspirasi negara untuk mengangkat simbol Melayu sebagai lambang negara yang sama-sama dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan pada 1957," katanya.
Langkah petisyen itu juga bersifat subversif kerana ia semacam serangan terhadap sistem sosiobudaya Melayu, yakni amalan Melayu yang telah dipersetujui bersama semasa Perjanjian Kemerdekaan antara Melayu dan bukan Melayu bahawa proses sosiobudaya Melayu menjadi identiti negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 14 2019

Pengerusi Dong Zong sebelum ini berkata pihaknya akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

PM digesa tolak tuntutan Dong Zong
Tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Dong Jiao Zon bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.

Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.

Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.

Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran.

GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Desakan itu disuarakan dalam Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.

Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam
Suhakam menegaskan, hak kebebasan berhimpun dan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis
Sebanyak 17 persatuan Cina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina yang dijadualkan hari ini.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.