GEORGE TOWN:Seorang lelaki mengalami kecederaan pada kemaluan dipercayai dihiris dengan objek tajam oleh rakan wanitanya ketika kedua-dua mereka berada dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.
Dalam kejadian di sebuah pejabat di Bandar Baru Farlim, di sini, lelaki berusia 47 tahun berkenaan dikatakan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar jam 7.55 pagi Jumaat.
Dia kemudian menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati, terdahulu mangsa bersama rakan wanita berusia 38 tahun itu menghisap dadah bersama-sama di pejabat berkenaan.
"Mangsa yang merupakan penganggur mendapati kemaluannya berdarah manakala rakan wanitanya itu menghilangkan diri apabila tersedar pagi semalam.
“Mangsa mengalami kecederaan luka hirisan yang tidak serius pada kemaluan, disyaki dicederakan dengan objek tajam dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa juga mempunyai rekod rawatan psikiatri di hospital sama.
Katanya, polis kemudian menahan suspek yang masih bujang pada jam 9 pagi Jumaat di Paya Terubong, Ayer Itam.
Beberapa barang dari tempat kejadian antaranya sebilah gunting yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa turut dirampas.
Soffian berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 14 2020

Lelaki berusia 47 tahun berkenaan dikatakan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar pagi Jumaat. -Gambar hiasan/ Unsplash

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di tingkat dua bangunan komersial empat tingkat di mana ganja itu ditanam.

Empat pelajar tingkatan 4 antara 15 ditahan sertai parti liar - Polis
Polis menahan 15 remaja termasuk empat pelajar tingkatan empat di Klang selepas disyaki terbabit dalam parti liar dalam serbuan di sebuah kondominum mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Gaduh angkara vape: Polis tahan 16 lelaki
Kes dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik.

Khayal akibat dadah, kemaluan penganggur dicederakan rakan wanita
Lelaki berusia 47 tahun berkenaan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar jam 7.55 pagi Jumaat.

Ketua pemuda bahagian dicekup polis dalam keadaan khayal
Ketua pemuda bahagian sebuah parti tempatan ditahan polis selepas disyaki lalok dadah dalam kejadian di daerah Kota Belud, pada malam Sabtu.

Sepasang kekasih ditangkap ketika sedang khayal
Pasangan berkenaan ditangkap ketika sedang khayal dipercayai baru melampiaskan gian dadah.

Tunggu laporan kimia, jangan terus hukum - Pemilik restoran 'nasi lambai'
Pemiliknya, Abdul Malik Pakeer Mohamad meminta orang ramai agar tidak terus membuat andaian melulu dan menunggu sehingga keputusan ujian makmal mengenai kandungan menu makanan mereka diperolehi.

Apa dah jadi? Pemuda sumbat 15 biji telur rebus dalam dubur
Seorang pemuda dikejarkan ke hospital selepas menyumbat 15 biji telur rebus ke dalam duburnya.

39 penagih dadah ditahan di Bakau Tua
39 individu termasuk dua warga emas ditahan dalam keadaan khayal kerana di bawah pengaruh dadah.

David Blaine dituduh rogol bekas model
Saya masih ingat ketika saya dinodai dan semuanya kelihatan bergerak perlahan. Saya cuba untuk memikirkan kembali apa yang dah berlaku.