KUALA LUMPUR: Permohonan menggunakan sebarang khidmat pengiring konvoi atau marsyal oleh individu atau kumpulan perlu mendapat kelulusan pihak polis selain menyatakan tujuan munasabah ia diperlukan.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata sebarang permohonan bagi tujuan itu tanpa sebarang penglibatan pihak polis merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
"Mereka yang hendak berkonvoi kenderaan dengan khidmat marsyal perlu ada kelulusan itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian akan sertakan anggota untuk turut serta sebelum sebarang tindakan menahan mahupun melencongkan kenderaan boleh dilakukan oleh PDRM atau agensi penguatkuasaan lain.
"Apa yang menjadi masalah sekarang adalah tindakan baik individu atau kumpulan untuk menggunakan khidmat marsyal tadi dibuat secara haram tanpa mendapat kelulusan pihak polis dan mereka bertindak secara sendiri yang sudah terang menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Memperkasa Sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Mazlan dalam pada itu menasihatkan pihak bertanggungjawab tampil memohon kelulusan bagi memastikan aktiviti konvoi yang dijalankan lancar dan mematuhi peraturan serta tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Kita tidak mahu terlalu banyak aktiviti yang memerlukan khidmat marsyal ini sehingga mampu mengundang kemalangan jalan raya dan membahayakan pengguna kenderaan lain," katanya.
Dalam pada itu, Mazlan berkata pihaknya mengarahkan semua Ketua Polis Negeri untuk melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kelab-kelab rekreasi di negeri masing-masing.
Ia berikutan terdapat laporan perubahan lokasi parti persendirian dari premis hiburan ke kelab berkenaan baru-baru ini.
"Seperti yang berlaku kelmarin (Ahad lepas) apabila serbuan parti persendirian di ibu kota membawa kepada seramai 303 individu dikompaun membabitkan jumlah RM1.565 juta. Jadi penguatkuasaan pemantauan ini akan dilaksana bagi mengesan sebarang penganjuran di kelab rekreasi yang ada," katanya.
Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata PDRM akan memberi fokus kepada pembangunan serta pemerkasaan sistem C4i sedia ada, iaitu sistem yang menggabungkan stuktur perintah serta kawalan dalam PDRM melalui komunikasi dan pengkomputeran serta integrasi sistem maklumat bersama agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen.
"Buat masa ini fokus diberikan kepada pembangunan sistem C4i di kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor, manakala penggunaannya di negeri lain hanyalah terhad bagi tujuan semakan lesen memandu, semakan rekod jenayah, orang hilang serta capaian maklumat daripada data JPN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Sebarang permohonan bagi tujuan itu tanpa sebarang penglibatan pihak polis merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. - Sinar Harian
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Khidmat marsyal perlu kelulusan polis - Timbalan KPN
Sebarang permohonan bagi tujuan itu tanpa sebarang penglibatan pihak polis merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.