Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri hari ini menarik balik permohonan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perintah mahkamah melucutkan hak ke atas dua lot tanah dan sebuah banglo.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kemudian membatalkan permohonan pasangan itu.
Terdahulu, peguam M.Athimulan yang mewakili pasangan itu memaklumkan kepada panel hakim bahawa beliau telah menasihati anak guam dengan sewajarnya selepas mengkaji afidavit kedua-dua pihak dan penghakiman.
"Arahan anak guam kami adalah untuk menarik balik permohonan," katanya kepada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan iaitu termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.
Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili pendakwaan. Pemohon tidak hadir di mahkamah.
Dr Mohamad Khir, 51, dan Zahrah Kechik, 51, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan penjelasan berhubung perintah Mahkamah Tinggi melucutkan hak ke atas hartanah itu.
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung perintah melucutkan hak ke atas hartanah yang Dr Mohamad Khir dan isterinya adalah pemilik berdaftar.
Pada 29 Sept 2015, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu diperintah menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas rayuan terakhirnya ditolak untuk mengetepikan sabitan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo di Shah Alam.
Pada 29 Mac tahun lepas, beliau dibebaskan dari penjara apabila diberikan parol selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni yang diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Dr Mohamad Khir, yang menjadi Menteri Besar mulai Ogos 2000 hingga Februari 2008, disabitkan melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan dua lot tanah dan banglo itu dilucutkan hak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2017
Dr Mohamad Khir Toyo dan isteri Zahrah Kechik - Gambar fail
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.
Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta.
Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.
PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi
Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang lelaki serta seorang wanita didapati positif dadah.
Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata wang itu disumbangkan oleh pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin.
Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.
Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
Selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta, SPRM turut merampas wang tunai sejumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak, kata peguam yang mewakili Goh, 69.
Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.
Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.