PEMERHATI bola sepak negara, Datuk Richard Scully, menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan kumpulan pertama pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) selepas hampir semuanya menyertai Selangor demi permulaan karier profesional masing-masing.
Pada Selasa, Nadi Arena melaporkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melakukan pendekatan agresif apabila memborong 28 pemain daripada kumpulan pertama pelatih AMD.
Mereka ditempatkan dalam skuad Selangor II, antaranya penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; pemain tengah, Harith Haiqal Adam Afkar dan pertahanan, Hariz Mansor.
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.
"Kalau guna khidmat pemain-pemain ini, (pastikan) turunkan mereka.
"Kalau tidak boleh diturunkan selama 90 minit, setidak-tidaknya 45 minit agar pemerhati skuad remaja kebangsaan dapat melihat mereka beraksi," katanya.
BACA: Keputusan MSN perkenal tanda harga pemain AMD adalah wajar - Richard Scully
Berada dalam Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP), Richard menegaskan keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menetapkan tanda harga kepada pemain AMD adalah wajar.
"(Kaedah) ini diguna pakai di Eropah dan Timur Tengah.
"Pendekatan sedemikian didedahkan kepada pemain-pemain muda ini supaya mereka di landasan yang betul sebaik mereka menamatkan pengajian di AMD selepas lima tahun," tambahnya.
Walaupun sibuk dengan tugasan bersama program berkenaan, Richard tetap meluangkan masa bagi meraikan sambutan Hari Natal bersama keluarga di Klang pada Rabu.
Astro Arena
Thu Dec 26 2019

Pada Selasa, Persatuan Bolasepak Selangor dilaporkan melakukan pendekatan agresif apabila memborong 28 pemain daripada kumpulan pertama pelatih AMD.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad B-23 negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.

Norhafiz Zamani umum persaraan, ceburi bidang kejurulatihan
Dengan mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun, bekas pertahanan Negeri Sembilan itu akan membuka lembaran baru sebagai penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

KBS beri lampu hijau kepada MSN
Semua atlet akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.

Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.

Keputusan MSN perkenal tanda harga pemain AMD adalah wajar - Richard Scully
AMD, FAM dan MSN sedang memperhalus mekanisma sesuai untuk pelaksanaan 'tanda harga' berkenaan supaya tidak membebankan pasukan Liga-M yang berminat mendapatkan bekas pemain AMD selepas ini.

Penyerang muda sensasi Lukman Hakim bakal beraksi di Eropah
Anak muda itu akan berlatih di Cardiff City sehingga berumur 17 tahun, sebelum berhijrah ke K.V. Kortrijk di Belgium

Pemilik Manchester City minat beli kelab di Malaysia
Beliau berharap kerjasama itu juga akan dapat memberikan impak yang positif kepada pembangunan belia, melalui Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) dan juga Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

97 peratus kecacatan binaan Akademi Mokhtar Dahari telah diselesaikan
Isu Akademi Mokhtar Dahari kembali jadi bualan.

Gaji RM175,000 wajar, sejajar dengan pengalaman Teong Kim - KJ
Gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan disifatkan wajar dan sejajar dengan pengalamannya.

NFDP mahu sokongan kerajaan kepada pembangunan bakat muda diteruskan
Kecemerlangan skuad AMD dalam jelajah Eropah membuktikan kita ada kualiti dan potensi untuk jadi pasukan disegani dunia di masa hadapan.